Sunday, March 1, 2015

Day -3 Berpantang


Assalamualaikum...

Syukur.. Dah masuk tiga hari baby lahir. Maknanya hari ni hari ke-3 LM berpantang.

Baby ummi macam anak- anak yang lain juga time malam takmo tidur bila siang kemain duk bantai tidur tak ingat dunia.

Sebab takut dia jaundis tak menyusu langsung di siang hari LM bukak bedung dia bagi duk bawah kipas. Bila terasa sejuk nak tak nak dia bukak juga mata nak menyusu. Pilihan terakhir ... Basahkan muka dia.

TAPI

Kalau dah namanya hero, tak kurang hebat lasaknya. Umur tak sampai 72 jam dah tunjuk gaya dia .



Ummi tinggal kejap gi tandas tengok- tengok dia punya bedung dah terburai. Mengiring sedap punya landing. Bahaya nya kalau tinggal lama mesti tertutup muka dengan kain lampin tu.

Ummi makan apa dalam pantang?

Day 1: bersalin malam so lepas bersalin cuma diberi milo panas. Lepas tu LM terus tidur je la.

Day 2: sebelum balik rumah lunch tu dorang hidang jus oren dengan buah oren juga, dan semangkuk bubur ayam+ carrot

Malam LM makan nasik lauk daging yang bonda masak

Day 3: hari pertama sejak pagi di rumah. So pagi sarapan milo (anmum+ milo) dan roti.

Lunch: encik Z masakkan sup sawi jepun dengan ikan tenggi goreng

Minum petang: kopi pengaga warisan(yang doktor asmadi punya tu..)
- kopi ni milk buster selain menambah kecergasan badan pengaga baik untuk menambah susu ibu.

Lewat petang: milo lagi...

Dinner:menu sama dengan lunch

Itu sajalah diari berpantang ummi dan baby setakat ini. Sekian...



www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

slim la lepas ni.... haha.. musim panas ni. baby tak nak selimut tu kot... haha.. tu yang terburai je

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

selamat berpantang ye LM..
baby dah tunjuk 'skill' dah tuh..hehehehe

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ohh tau dah lepas ni kalau nak kejut baby tido time pantang ni kena bg dia rasa sejuk sikit.

kira dlu masa uwais jenuh nak kejut dia suruh menyusu. alhamdulilah takde jaundice tapi alhamdulilah jugak bila malam dia tido lena takde meragam jugak. seminggu awal aje laaaa hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...