Monday, March 2, 2015

Day-4 Berpantang

Assalamualaikum...

Dah masuk hari ke 4. Baby makin serasi dengan keadaan rumah dan nampak selesa tidur malam tadi. Cuma bangun sekali dua saja menyusu berbanding malam sebelumnya.

Setakat ni ummi belum lagi berurut, doktor dah pesan jangan urut awal sangat sebab ada pesakit dia yang bleeding selepas kena sengkak so terpaksa berkejar ke hospital pula akhirnya.

Jamu pun ummi tak makan lagi tunggu baby tanggal pusat dulu baru ummi ngap jamu. Alhamdulillah hajat hati nak cuba jamu ratus warisan hasil formulasi doktor tengku asmadi tercapai juga. Puas call sana sini akhirnya dapat juga beli jamu ni.

Makan yang biasa- biasa tapi kurma ajwa tu memang tak tinggal la. asal ada masa je ngap sebiji dua agar badan bertenaga dan susu elok cantik selain duk teguk susu sekerap mungkin. Bila baby kerap menyusu badan terasa kering, tekak memang haus. Air masak sentiasa ada tepi katil.

Setakat ni inilah pertama kali hamil paling gemok gedempol mencecah 20 kg berat hingga ke angka 7. Giler ngeri tengok berat 72 kg sebelum bersalin.

Alhamdulillah setakat pagi semalam timbang berat dah tinggal 66.8kg. Baru tiga hari takdalah fikir nak cepat sangat slim pun. Bukan boleh diet pun dalam pantang. Makan dan makan sebab asik lapar . Ye tak?

Agak- agak mampukah dapat berat 52kg bila habis pantang nanti? Tak berani bermimpi di siang hari. Apa yang penting baby ummi sihat, ummi pun sihat cepat, itu dah cukup buat LM bersyukur..



www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha..anak ke 5 dah naik 20kg kira okla tu. Saya masa naim yg naik berat banyak.. masa adik pula naik sikit je 11kg je. Agaknya masa naim tu, saya kurus sangat 41kg je..tu yg macam dipam2 badan masa tu

Diana Rashid said...Reply To This Comment

sebab tu saya tak diet sejak akhir2 nih..saya tunggu awak lepas besalin baru kita diet sama2..kesian nanti awak diet sorang2 tak de geng...

muahahahhha...

boleh terima tak alasan nih..??

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

Insya Allah kak boleh tu.. tapi kak LM ni kurus ke chubby ke tetap comel jer.. dok baca kisah org mengandung & bersalin rindu pulak nak mengandung lagi tp tu la buat masa ni kena fokus si budak lala tu

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alahai dik tak kisahlah.. tapi kakak rasa boleh dpt balik berat tu sebab umi yg jenis ligat buat itu-ini biasanya akan cepat dpt balik size asal..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

boleh nya. tmbh akak menyusu nanti ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...