Thursday, March 26, 2015

Dia Mula Cemburu

Assalamualaikum...

Siapa yang cemburu?
Ni kisah si abang kecik. Pada mulanya dia memang tak sabar- sabar menanti si adik lahir. Bila adik dah lahir dia sangat teruja, nak tidur malam pun berkali- kali datang cium adik walau dalam gelap.

TAPI... Sejak sehari dua ni nampak macam dia muka cemburu pada si adik. Ada saja yang tak kena. Dia mula pancing perhatian ummi. Sikit- sikit nak menangis sampai berguling- guling. Saja nak test tahap sabar ummi dia:(

Bonda pesan jangan marah- marah dalam pantang, tapi camnelah tak marah kalau dah anak meraung melalak sampai berguling- guling. Kadang-kadang tu ummi ambik juga rotan. Bila nampak rotan terus dia dia. Tau pun takut... Kena takut- takutkan dia juga supaya dia nak diam. Pujuk macam- macam cara tak jalan. Adoiaiii anak. Kering rasa darah duk tahan marah. Gigil- gigil rasa perut ummi tau tak...

Besar dah pun, nak kata tak dibelai ummi belai je lagi. Bukan tak hirau kan dia. Tapi memang dia terasa diabaikan kot.. Sebab tu dia asik carik pasal je ngan ummi. Ye la.. Dah kalau menyusukan baby sambil baring sah- sah la mengiring membelakangkan dia. Mana la dia rasa ummi dah abaikan dia . Ye tak?

Ni tengah hari lepas akak dia gi sekolah dia mengamuk lagi. Terus ummi bawa masuk bilik, bagi bantal terus on aircond paksa dia tido. Letih pun ye jugak kot balik dari sekolah ...

Hai la anak, jangan uji tahap kesabaran ummi . Ummi ni lemah iman:(

Kalian lah harta dunia akhirat yang ummi ada. Kalian lah sumber kebahagiaan ummi, tiada yang lain. Buruk baik kalian ummi tetap bangga dengan kalian. Bijak ke tidak ke tetap kalian malaikat kecil di hati ummi.

www.tips-fb.com

6 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hahhah...abang tu umur gitu..layak le nak rasa cemburu..yang saya ni..kakak tu dah nak jadi anak dara pun cemburu..sentap memanjang..sabar je la...

Ann Ishak said...Reply To This Comment

abang nak perhatian lebih dari ummi ni, ummi kena tabah sabar ye :)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alahai dik inilah ujian anak-anak yg belum baligh. Menguji tahap kesabaran ummi. Lumrah anak yg baru berganti gelaran bongsu kepada abangcik. Biasalah... Takutkan rotan itu cara kakak juga tau. Tapi jgn sesekali sentuhkan rotan tu ingat pesan kakak. Sakit tu. Biar dia dengar bunyi rotan berdesis atas lantai ke dinding tak apa - mesti takut punya hihi...

aji nugraha said...Reply To This Comment

terkadang rasa cemburu itu hdir di di waktu yang bukan pada tempatnya

Obat Maag

Kira Sakura said...Reply To This Comment

huuuuu biasalah budak2 dengan cemburu kan. tapi memang kalau time dorg 'buat perangai' tu huuuu memang rasa tahap sabar menipissssss aje

Mummydearie said...Reply To This Comment

Siblings rivalry tu, LM. Biasalah, dia dah biasa kita beri perhatian tetiba perhatian dialihkan ke adik. Dulu si Abang pun begitu. Bawa je Adik balik dari hospital, dah start muncung sedepa. Tegur sikit, muncung. Cakap sikit, muncung. Asyiklah kata kita tak sayang dia lagi. Kita ni sampai tak tidur malamlah dok fikir macamana nak buat supaya dia tak rasa seperti diabaikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...