Tuesday, March 31, 2015

Dua Menu Bila Ada Permintaan

Assalamualaikum

Hai hai hai semua. Orang malam ummi baru nak bercerita. Busy memanjang jalani saat berpantang yang sungguh indah. Ekeke

Takda lah busy mana pun. Macam biasa rutin pagi bermula jam 5.30 pagi. Sebelum tu menyusukan baby dulu baru keluar dari bilik. Petang semalam dah buat popiah sayur( eh ada ke popiah daging?). Memang dah pesan kat bibik suruh goreng popiah untuk sarapan dan bekal anak- anak. Tapi sebab adik ad minta kuey tiaw goreng ummi masak la jugak

Niat di hati kuey tiaw tu ummi nak buat sarapan esok pagi je tapi... Jadi menu hari ni la pulak. Mujur stok bawang yang dah siap dikupas ada . Kalau tak leceh la jugak nak masak lelaju ..katanya nak air tangan ummi, maka semuanya perlu laju sebab baby memang menyusu sejam sekali. Malam je dia bangun dua kali untuk menyusu.

Tengah hari ummi cuma panaskan kurma ayam semalam je. Petang je baru masak sup ikan merah dengan kailan ikan masin. Bertabah je lah duk menghidu bau ikan masin demi nak masak sayur untuk ayah. Berbau satu rumah. Itu pun ikan masin dua potong ummi minta bibik yang goreng. Err tak sanggup baju dan rambut semua berbau ikan masin lepas tu nak pegang baby pulak. Ops, bukan ikan masin.. Tapi tenggiri jeruk yang bacin tu. paham2 je lah bau dia camne kan?

LM tak makan pun... Bibik la yang syok dapat ikan masin. Ayah pun berselera dapat ikan masin. Ummi dapat bau je la. ekeke..

Kalau tak dalam pantang pun LM memang tak makan ikan masin tu. LM suka gelama masin atau ikan bulu ayam. Ish terliur pulak sebut ikan masin bulu ayam. Celup tepung sedapnya makan dengan sayur labu. Opssss terlupa diri ni dalam pantang. Ahaha


www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

haipp!!yang kat sini pun dah terliur ni...saja le tu nak buat kita buka periuk nasik nih..hahahh

Kira Sakura said...Reply To This Comment

patut la cepat berisi. kuat menyusu!!! hihihihi

tapi kan kak. kat belah kedah ni ada je yang dalam pantang makan ikan masin

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ish, LM ni... saya sukalah tenggiri masin tu. Mana ada bacinnya. Hahahah!

Kat rumah ni pun saya je yang suka ikan masin, orang lain dalam rumah semua spesies tutup hidung bila ada bau extra strong macam ni....

Kalau takda popia daging, saya akan adakan aje sebabnya popia sayur saya memanglah tak makan ~_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...