Thursday, March 12, 2015

Dua Minggu Berpantang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Hari ni masuk hari ke 14 berpantang. Syukur baby nampak sihat dan tak banyak ragam.

Di sebab kan bacaan kuning selasa lepas dah turun ke 8.8 maka memang TIDAK la nak rela kan hati pergi lagi esok ke klinik kesihatan. Memang tau dah kuning dia elok turun sebab masa gi KPMC tu turun je tapi bila misi yg datang kat rumah kata tak percaya bacaan tu turun dia kata nampak kuning sangat hati ummi pun tertekan la jugak.

Adik kiera sakura pun pelik dah gi private nape kena gi check kat gomen jugak? Tu lah dah kalau misi bercakap lebih arif dari doktor pakar kanak- kanak ummi pun cuak ditambah pulak dengan nada dan muka sinis dia tu. grrr dalam pantang kan.. Aku maniskan muka jelah, anggap jelah dapat pahala memuliakan tetamu. Huhu

Sekarang ni baby memang la manja melampau. Siang pun nak ummi ada depan dia je walau dia tido. Dapat bau ummi pun jadi lah walau tak pegang dia. Kalau nak suruh bibik buat itu ini jangan lama- lama. Kejap je dah menangis. Kalau ummi buat susu abang kejap je dah terjerit- jerit menangis. Bukan lama pun bancuh susu. Sobsss

Nape bibik tak bancuh?ada pulak yang tanya soalan tu nanti.

Bab makan minum ni memang la ummi urus . Bibik bantu yang lain je. Dalam pantang ni ayah kan cuti dekat sebulan so ayah la yang take over bab memasak. Memang ummi nak air tangan ummi dan ayah urus makan anak-anak. Kalau kita urus, kita selawat dan zikir untuk anak- anak.. Ye tak?

Baby ni keliru lagi kot? Hari tu dua tiga hari pertama dia takmo tido malam.. Haha sama macam dalam perut, asik menyepak je time orang lain tido. Lepas tu syukur lah dia nak tido . Biasanya jam 12 tu mata dia akan bulat ajak main. Ayah la layan letak atas dada sampai jam 1.30-2 pagi baby pun tido.

Tiga empat malam ni kemain baik lagi jam 12 camtu dia elok tido. Bangun menyusu dua kali je. Eh, ke.. Ummi tak sedar dia nanges? Ekekeke.. Tak la,memang dia tak bangun pun. Ummi memang tak siapkan stok susu perah pun untuk ayah bagi tengah malam pun. Aritu masa dia takmo tido malam memang bergilir jaga. Tak larat la ummi nak berjaga .. Sobss

Tapi...awat adik suka berak time malam? Baru ummi nak baring dah berak lagi. Baru nak bertungku berak lagi. Geget tau la

www.tips-fb.com

3 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Berak selalu bgusla..cepat hadam..hehe..
Sure xsaba nk hbs pntg kan LM

Kira Sakura said...Reply To This Comment

bila banyak sgt prosedure nak kena ikut garu kepala jugak huuuu

uwais dlu pun selalu berak time malam sampai ktorg lapik tempat tido dia sebab selalu bocor. sekali berak berlambak huuuu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Yalah ummi, gegetlah kalau berani. Kang dibuatnya tak berhenti menangis, siapa yang susah? Ummi juga yang menangis. Hiks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...