Thursday, March 26, 2015

French Toast- Bekal Paling Simple

Assalamualaikum...

Buntu.. Tak tau dah nak bekalkan apa untuk puteri- puteri ni ke sekolah. Last- last ummi buatkan french toast saja untuk mereka sarapan dan bawa ke sekolah.





Bahan:
Roti gardenia dipotong 2 atau 4
Telur
Sedikit garam
Butter

Caranya:
Pukul telur bersama sedikit garam, kemudian celupkan dengan telur. Panaskan kuali dengan api sederhana besar. Letak sikit butter biarkan cair. Goreng roti tadi hingga garing depan dan belakang. Siap...

*boleh je kalau nak tabur daun sup atau ketumbar atau parsley ke kat telur tu.
*nak tukar butter kepada minyak zaitun pun boleh. Tapi anak2 LM lebih sukakan rasa lemak butter tu.

Makanya, bento hari ni cuma french toast, buah lai besar dan juga buah pear. Mudah- mudahan kenyang anak- anak ummi.




www.tips-fb.com

6 comments:

Travelog Sunyi said...Reply To This Comment

simple..mengenyangkan...
yg penting anak2 suke..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Yg ini mudah bolehlah ajar bibik tu buat lain kali...

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Insya Allah kak.. Slow2 ajar dia

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Betul tu.. X pernah jemu

Kira Sakura said...Reply To This Comment

janji anak2 kenyang dan boleh fokus belajar kannn hihihihi

uwais dia takmo buah yang dah siap ptong tu. sebab nanti kan jadi hitam bila dah banyak jam. dia takmo makan kata mak mengasuh dia geli tgk hitam huuu

lastnya mak ngasuh suruh bagi sebijik2 tu nanti dia ptong bila time nak makan. kalau tidak membazir je

Mummydearie said...Reply To This Comment

Anak saya pulak kalau roti telur tak mahu butter. Kalau kita calit butter sikit pun kat pan tu, pandai jerk dia merasa.

Ini tak tahulah berapa ratus kali dah buat sejak dia Tahun 1. Dah itu aje yang dia suka, senang kerja Mommy ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...