Friday, March 13, 2015

Geli Tak Bila Diurut?


Assalamualaikum...

Hehehe.. Tergelak LM baca komen MD ni

"Saya ni kalau tak bersalin, memang spesies tak suka diurut. Terasa geli geleman bila orang pegang badan kita. Nasib baiklah masa berpantang memang tak boleh nak lari ke mana. Berurut jugalah. Kalau tidak, tak tahulah apa nasib badan sekarang ni! on Berurut Lepas Bersalin
Remove content | Delete | Spam
Mummydearie
on 3/9/15"

Tau tak LM pun penggeli juga tapi tak tau kenapa memang LM suka sangat berurut. Kalau urut tak geli la pulak kecuali kalau tang tapak kaki tu memang tiada maaf la.. Sampai tegak bulu roma i duk tahan geli. Nak- nak kalau dah kena minyak lagi lah geli kan?

Dulu- dulu LM pun macam MD juga berurut masa lepas bersalin je tapi bila mengandungkan qila anak ketiga tu selalu je sakit tang perut rasa tak selesa kat peha la apa la mang gi urut badan dan bela- bela sikit perut. Biasa lah.. Baby kan bergerak, tangan ke kaki dia selit mana- mana tu yang sakit. Kata tukang urut tu la. OPS!! LM berurut dengan jururawat desa yang dah bersara. Dengan orang sebarangan tak berani la.. Huhu

Lepas tu masa gi ke bandung ada berurut dengan orang buta. Mak aii dah la murah sejam dalam rm17 je lepas tu sedap la pulak. Terus ketagih!

Lepas tu memang jadi rutin berurut paling tidak sebulan sekali. Kalau tak urut mulalah kaki rasa lenguh la, tak sedap badan la.. Hehehe(minta dibelai manja)

Paling sakit kat betis la kot bila lama tak urut akan banyak urat tersimpul. Angain pun ye jugak.. Tu yang sakit sikit bila nak bagi hilang simpul urat bagai tu. tak kan la kita nak bagi betis jadi macam sarang labah- labah urat berselirat kan..

Selain tu.. Boleh hilangkan stress jugak berurut ni. LM cari masa untuk diri sendiri bila berurut dan facial je. Selain tu memang 24 jam dengan anak dan keluarga.

Urut=geli?hehe kat tapak kaki je la.. Lain tu saya okey je.

P/s: MD ni busy tau.. Tapi sekali dia bom berkodi2 dia datang serang. Berderet komen. Bila dia curik masa baca pun kita tak tau. Harap dapat la jumpa MD ..
www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

memang ketagih!!! kira pun pestime berurut lepas bersalin ritu la pastu dah ketagih sebab rasa ringannnnn je badan lepas tu ihihihhi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hahahaha! Ni baru datang mengebom dari pagi tadi. Niat nak bagi 10 je komen lepas tu tangan ni skrol lagi bawah, skrol lagi bawah. Baca tak komen, memanglah not my type katanyakan... Sebenarnya saya sakit gusi dan gigi sekali dah 2 hari. Ni sambil buat kerja, sambil tengok pc. Entahlah concentration pi ke mana dulu tak tahulah!

Serius, saya memang penggeli. Kalau tangan tukang urut tu baru je nak pegang badan, saya dah seriau keriut-keriut menahan perasaan geli. Tak ke kes serius macam ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...