Saturday, March 7, 2015

Habis Berurut

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni dah hari last berurut. Syukur dapat habiskan sesi berurut ni tanpa sebarang gangguan. Risau juga takut jaundis baby naik kena tahan wad ke.. Terus tak dapat berurut kan?

Untuk kakzie ni LM ambik pakej urut dan bertungku rm240 untuk tiga hari. Setakat ni inilah yang paling murah . Ada yang nak 350,450...500. Macam- macam harga. Dengan kakzie ni dia datang sendiri. Sebelum bersalin pun dah pernah urut ngan dia memang best dia urut. Dia ni memang popular selalu keluar tv cerita bab berurut ni. Sejak tahun 2012 dah masuk tv. Baru- baru ni keluar dalam majalah pa and ma edisi mac pulak.

Kakzie memang arif bab ibu berpantang ni, so suka lah borak dengan dia tips penjagaan dalam pantang. Kalau nak ambik kakzie untuk jaga semasa pantang siap masak semua pun boleh. Wahhh menarik kan?

Buat diri LM, episod berurut dah habis, tinggal makan ubat elok2... Nanti sabtu depan kena follow up dengan doktor lagi pasal darah beku kat rahim tu.

Kes baby pulak harapnya kuning dia makin turun.. Tu je lah.

Dah habis berurut badan jadi ringan. Alhamdulillah tanpa diet..berat dah turun. Weeeee happy sangat.

Sebelum bersalin-72kg
Seminggu lepas bersalin-64.2kg.

Alhamdulillah syukur. Ada jugak penurunan. Jauh lagi nak sampai target 52kg tuh. Tanpa DIET ye ni. Jangan korang nak tepek komen siannye baby dlm pantang ummi dah diet. Tak pasal2 ummi menyumpah nanti naiik angin baca komen gitu.
www.tips-fb.com

3 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ummi, dalam pantang tak boleh naik angin tau *_* Kalau setakat komen saya ni, masuk telinga kanan keluar telinga kirilah, LM. Janganlah nak ambil hati. Saya ni kalau dah kena kejar ngan penyapu pun belum tentu nak berhenti melawak. Hahaha...

Wah, hebat tu belum sempat diet dah turun berat! Apa rahsianya ya? Kalau kita ni tak pernah pulak merasa tetiba berat turun sendiri. Kalau tak diet jangan haraplah jarum penimbang tu tak laju berpusing!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

akak menyusu baby nanti lagi lah cepat turun cepat slim mcm kira ni haaa. tak sempat nak gemok lagi. alhamdulilah hihihihihi

Anonymous said...Reply To This Comment

nak tanya...boleh dpt no tukang urut nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...