Monday, March 23, 2015

Hampir Sebulan Berpantang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hujung minggu ni masuk sebulan LM berpantang. Kejap saja masa berlalu.

Semalam ayah bonda datang menziarah. Dapat juga melepas rindu pada mereka. Ayah bonda datang masa baby ariz lahir haritu. Datang kali ni baby ariz dah boleh buat kawan borak. Dah boleh agah ajak kelak. Gembiranya bonda dapat main dengan cucunya:)

Minggu ni sunyi. Anak- anak dah mula kan sesi persekolahan seperti biasa, ayah puj dah kerja. Tinggallah ummi dengan baby ariz. Mujur ada bibik..

Tengah hari ayah balik kejap jemput syafiq dari tadika. Kalau tak.. Ummi kenalah usung bibik dan baby ke tadika. Ummi drive dan bibik kena ambik adik syafiq dari tadika. Ehehe..

Rindu nak keluar rumah, rindu nak makan best2 kat luar tu. rindu nak telan kek mahal2 yang meleleh2 tu.. Kek yang buat berat bertambah lima enam kilo sekali ngap tu. ekeke..

Ops... Mula lah tak sedar diri. Tak sedar masa hamil diri tu gemok cam gorila naik sampai 20 kilo tup tup baru hilang 10 kilo berat tu dah nak berangan bedal kek meleleh2 tu ke? Glurpppp

"Gemok cantik takpe.. " ayat si ayah. Cehhh menyampah dengar ayat tu. rasa macam di siat2 hati ni tau. Takmo la beli baju baru. Sayang kat baju lama. Boleh tak buat alasan gitu? Mintak tajaan slim kan badan kat London lah camni. Nanti cek email balik.. Rasanya LM dapat baucer dari dua pusat pengurusan badan masa birthday LM aritu( mood berangan nak cepat kurus)

Tak sabar nak tunggu 11 april. Tak sabar nak merdeka!

www.tips-fb.com

4 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. takpe lepas ni sambung diet atkins.. leh slim macam dulu balik.. cepat juga ya dah nk sebulan ...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Sebulab dah.sekejap je!!salam peluk cium bb utk rin ye LM...LM kecik dan cantik.sekejap jela kurus tuh.inshaAllah.hubs rin pun suka rin gumuk.hehehe

Kira Sakura said...Reply To This Comment

sabar sabar hihihihihi tapi memang kan perasaan nak keluar rumah tu yang paling menebal dalam hati. kalau along dulu dia kata dapat tengok signboard tesco pun jadiiii lahhhh sebab tak boleh keluar tu hihihihi

tapi ada orang tu dalam pantang rileks je anto mak ke epot. ikut pegi kenduri sedara. jauh perjalanan dari rumah ke destinasi tu tapiiii entah. lantak lah style pantang dia mmg boleh keluar rumah agaknya. mana kita nak tau kan hihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ni dah merdeka, beria-ia ke tidak menjamu selera? Ke dah takda selera dok layan kerenah maid ni, LM?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...