Monday, March 9, 2015

Hari Ke Sebelas Berpantang- Jaundis lagi?

Assalamualaikum...

Hari ke sebelas. Hurmm lemas nya rasa berpantang nih. Kih kih kih...

Ummi masih sakit pinggang. Berjaga- jaga andai darah banyak sangat keluar memang terus akan ke hospital. Dah dapat doktor yang baik kenalah ikut nasihat doktor kan?

Memang doktor dah cakap, darah beku yang berkumpul di rahim tu jika keluar sekali gus akan berlaku tumpah darah. Sejak dua hari ni memang darah penuh pad agak banyak tapi.... Ummi cuma rasa sakit sikit, kerap pitam tapi tak la teruk sangat. Kalau makin teruk memang ummi akan terus ngadap doktor.

Baby pulak mata nampak masih kuning. Kalau larat petang ni ummi bawa cek darah lagi. Walau doktor kata baby makin pulih ummi tetap risau selagi tak tau baby dah pulih sepenuhnya ke belum DITAMBAH pula jururawat desa boleh buat ayat"eh saya tak percaya lah bacaan 11.5, saya tengok kuning sangat je nih"

Pakar kanak2 kata okey, jururawat kata tak okey. Nak dengar kata doktor ke jururawat nih? Saja je kan bagi ummi pening. Sobssss

Sian doktor.. Dah jadik pakar kanak2 pun tak diiktiraf dek jururawat desa tu kan? Payah gak kalau orang jenis cakap macam dia je pandai. Ummi angguk2 je lah mengiya kan kata misi tu. pening aihhh nak pikir sangat.

Hati seorang ibu ni kalau dengar pendapat bercanggah pun boleh pening tau!

P/s: moga segala urusan selesai cepat. Nama baby pun tak daftar lagi. Ayah tak boleh ambik cuti free kalau baby takda surat beranak lagi. Takat ni dua minggu ayah cuti pun ummi belum sihat. Sobssss

www.tips-fb.com

4 comments:

Saniah Ahmad said...Reply To This Comment

semoga cepat sembuh joundis nya tu,, bila anak saya kuning dulu takut sangat nak bawa ke klinik,, cucuknya tu buat hati ni rasa alahaii anak ibu hihihi,,

semoga ummi dapat rehat secukupnya,,selamat berpantang ummi,,

Mummydearie said...Reply To This Comment

Eh, dah hari ke sebelas pun banyak darah lagi? Semoga semuanya terurus dengan baik ya, LM.

Yalah, kita ni bukan pakar sangat bab-bab perubatan. Haruslah nak dengar kata pakar. Kalau dah doktor dan jururawat desa bercanggah kata, memanglah kita yang pening. Dahlah dalam pantang.

Lambat-lambat daftar anak tak kena denda ke, LM?

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

LM makan lada hitam atau kunyit tak masa pantang ni? Nazif kuning smapi 15 hari.. mulanya saya makan lada hitam dah tgk nazif lama kuning tu, tu antara petua yg saya jumpa.. jadi alhamdulillah, lepas xmakan benda dah hilang kuningnya.. rasanya sehari lebih je dh ok..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kan kadang byk sgt pendapat yang bercanggah buat kita pening mana satu nak ikut mana satu nak dengar ni haaaa

tapi akak jaga emosi tauuuu. betul tu ikut je kata dokte. dia kan dokte

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...