Monday, March 30, 2015

Isnin?

Assalamualaikum..

Isnin...
Hari pertama mereka sekolah dan kerja untuk minggu ini. Ummi masih dalam pantang tapi kepala tak 'pantang'. Ligat duk memikir apa lah menu untuk sarapan dan bekal untuk mereka ke sekolah.

Plan pertama ayah kata buat hotdog saja lah, ops bila buat burger petang semalam baru perasan mayonis dah habis. Cukup- cukup untuk burger tiga biji je.

Bila ayah terlupa nak beli maka plan berubah. Malangnya ummi dah cakap kat bibik nak buat hotdog. Bila takda mayonis terus tukar menu bebola ketam saja. Tapi... Bila ummi bangun 5.30 pagi dia tengah goreng sosej dah 6-7 batang. Huwaaaa

Dia goreng dengan minyak banyak sampai kerepot dan kedut seribu pulak tu. aduh duh duh duhhhhh. Kena latih goreng sosej la pulak. Terus suruh dia goreng bebola ketam pulak. Anak2 gerun tengok sosej berkedut bak orang tua umur 100 tahun tu. syukur habis juga dimakan selang seli dengan bebola ketam. Tak la membazir.

Disebabkan ummi rasa macam bibik kurang kerja.. Maka ummi minta dia kemas bilik ummi yang dah mengumpul habuk di sana sini. Sental bathtub dan dinding bilik mandi ummi tu( untuk keselamatan anak2, bathtub memang dalam bilik mandi kami. Takut anak2 lemas mandi tanpa pantauan orang dewasa.) Bukan bathtub sebenarnya jakuzi. Ayah kata boleh relaks kan badan kalau ada jakuzi. Maka saiznya tu kurang sesuai untuk ummi yang dalam pantang ni nak menyental selalu dengan baby Ariz yang tido- tido ayam tu.

Bila bibik mengemas bilik ummi tak boleh nak buat kerja apa dah. Nak masak risau pula nak tinggal dia sendirian dalam bilik. Padahal purse semua dah letak dalam safety box tapi memang duk tunggu lah dia abis mengemas. Pukul 10.50 baru nak masak. Menu simple je hari ni kurma ayam.

Kalut la juga sebab adik ad nak makan dan nak sejukkan lauk untuk dia bawa nasi dan kurma tu ke sekolah. Bas sampai jam 12.. Haish haishh.. Kena pasang kipas lelaju bagi lauk cepat sejuk.

Ayah dah pergi ambik syafiq sekolah baru ummi sempat masak sayur bayam dan gorengkan ikan untuk qila . Si qila tu tak makan ayam. Memang perlu ada ikan untuk dia kalau tak dia makan je berlaukkan bayam sebab memang takmo makan ayam. Huwaaa.. Sedih tengok anak makan tak berlauk tau.

Terasa macam hari ni terlalu pantas masa berlalu. Tak tau buat apa.. Rasanya ummi cuma masa je pun. Tapi sebab dari pagi baby asik nak menyusu, tido kejap2 je memang rasa nak ke tandas pun tak sempat. Si bibik pun cakap "eh dah jam 12?ingatkan baru jam 10 pagi."

Kalau ada kerja nak buat memang terasa masa berlalu pantas. Kan? Bukan apa...memandangkan ummi ni hati selembut tisu, maid dah mula ambik mudah. Dia ingat nak tundukkan ummi ke apa? Dari melarat ummi kena lah aturkan kerja dia sebaik mungkin. Bila dia dah boleh dipercayai, baru boleh dibiarkan..

Sebulan lebih masih ada kelemahan dan kekurangan yang perlu ditegah dan ditegur. Slow2 kena ajar agar tak nampak terlalu tegas sampai dia sentap tapi dalam masa yang sama ummi pun tak la makan hati. Kena tegur jam tu juga apa yang tak kena. Lepas ni memang kena tegur. Bak kata orang.. Jangan sampai orang gaji naik lemak.

P/s: eh tak sabar nak tunggu abis pantang!
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Sekarang rasa masa lambat waktu berlalu, tahu2 nanti sikecil sudah pun pandai bercakap! :)

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

kesian sosej.. muda belia lagi dah dianiaya jadi nenek tua..nasib baik masih ada yang sudi.. hahaha..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

haaaaaa kipidap kak. hati tisu tempat lain takpe. dengan maid tak boleh!!!! kihkihkih

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau kerja banyak memang masa terasa pantas betul berlalu. Tapi cubalah kalau tengah bosan, aduhai... kejap-kejap tengok jam baru jer gerak 10 minit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...