Wednesday, March 4, 2015

Jaundis Ke?

Salam...



Baby nampak makin kuning kat muka dan gusi. Mata pun nampak kuning. Maka pagi tadi meronda ke klinik berdekatan nak pergi cek bacaan kuning tapi satu klinik pun takda. Hurmmmm

Nak pergi klinik kesihatan memang tak kuasa lah nak menanti berjam- jam. Doktor saran ke an nur atau az- zahra bangi je kalau nak cepat. Kebetulan teringat temu janji baby dengan doktor kanak- kanak jumaat ni so terus kami buat keputusan ke KPMC puchong je.

Tunggu syafiq balik sekolah dan qila ke sekolah agama baru gerak ke spital. Syukur tak lama mana pun. Ye lah baru nak masuk 6 hari berpantang ketaq lutut gak duk lama- lama kan.. Badan masih tak kuat lagi,




Lena... Baru lepas cek bacaan kuning@jaundis. Tunggu nak jumpa doktor je. Bacaan pun tak tinggi mana baru 11 lebih je. Risau juga nak tunggu sampai jumaat takut jadi macam syafiq dulu. Tup- tup dah 20 lebih bacaan dia masa tu. nanges ooo ummi masa tu.

Berapa hari duk spital sebab jaundis dia tinggi. Serik giler duk spital segamat. Konon takmo masuk pantai sebab kesian nak tinggal anak yang lain, sian suami ulang alik melaka segamat tiap hari. Tapi bila kena dik spital lama nanges tak berlaku sensorang. Tu yang kali ni tengok je kuning sejak semalam hari ni dah kecoh bawa jumpa doktor.

Doakan baby cepat sembuh ye. Setakat dia menyusu kuat. Jamu pun tak makan. Memang la sakit jiwa bila kena gak jaundis bila ummi jaga makan, minum air cukup, bagi susu kerap. Sobssss

www.tips-fb.com

2 comments:

mrr said...Reply To This Comment

Semoga baby cepat sembuh..tahniah atas kelahiran anak ini..semoga terus berbahgia hendaknya...terharu baca rentetan kelahiran bayi ni..jaga diri..salam

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, LM dah ada pengalaman berumahtangga di hospital kerana Syafiq kena jaundis ya. Susahkan kalau kena tahan kat wad ni. Lebih baik ambil langkah berjaga-jaga secepat mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...