Saturday, March 21, 2015

Krabi Part 6 Menuju Ke Hat Yai

Assalamualaikum..

Entri tertunda berbulan- bulan. Nampak sangat tak habis cerita kisah krabi berjaya buat sahabat kita AN ke krabi juga setelah baca entri part 1-5 kisah krabi LM tu.

Sian AN cuba korek entri krabi tapi tak jumpa. Apa pun moga pengalaman AN dan family ke krabi jadi satu pengalaman indah . Mesti anak- anak gembira kan AN?


http://www.lydiamiza.com/2014/11/krabi-part5.html?m=1

http://www.lydiamiza.com/2014/11/krabi-part-4.html?m=1

http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-3-gajah.html?m=1

http://www.lydiamiza.com/.../krabi-part-2.html

http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-1.html?m=0

Okey mari kita cerita lagi..walau pun mood nak cerita dah tak seseronok macam baru balik dulu tapi kita putar balik apa yang kita masih ingat.

Malam tu lepas makan malam terus saja balik ke hotel merehatkan badan. Bab shopping bagai tu ditunda esok pagi sebelum gerak ke Hat Yai.

Takda shopping sangat pun cuma beli tshirt sorang sehelai je. Mood nak shopping memang ke laut biru sebab... Isi je lah tempat kosong sendiri. I memang marah kalau ada busy body ke atau orang kacau daun bila i busy nak shopping okey! Tutup kisah shopping.. Kebetulan dah renyai- renyai laju- laju je masuk kereta.

Konon nak singgah air terjun, tapi semua duk pakat tidur dalam kereta maka driver tak singgah pun dekat Emerald Pool Krabi tu. bila hati i dah berbuku marah tapi tak boleh bebel atas sebab musabab tertentu.. Maka bila masuk kereta sah- sah la i diam seribu bahasa takda la nak bukak mata ke apa. Last-last merana diri emerald pun terlepas, air terjun satu apa pun semua terlepas . Driver kata semua tido.. Ingatkan takmo singgah. Grrrr!!!.. Meroyan dah aku tapi tak bebel la. ketap bibir je lah tahan marah. Dah la payah nak datang sini. Bertahun kot tanam impian nak ke krabi. Tup- tup rasa terganggu dek banyak anasir luar pulak bila nak enjoy kat krabi nih. Haishh.

Maka.. Kami teruskan perjalanan ke hat yai . Singgah makan tengah hari di kedai macam RnR kedai makanan halal yang sedap kami singgah masa nak menuju ke krabi haritu . Layanan tip top.. Tempat bersih, tandas terbaek. Encik Z order makanan banyak giler. Haha macam rasuah perut ummi yang mengamuk sebab marahkan anasir luar la kot. Ekeke.. (Kalau marah tak boleh luah perit tau rasa..)

Sampai hat yai dah petang. Macam biasa anak2 duduk sebilik dengan mertua kami bertiga bilik sebelah. Hotel best tapi Wi-Fi hampeh. Macam siput sedut.. Memang 10% je kot kalau ada pun sepanjang kami kat situ.

Plan takmo jalan konon malam baru shopping. Tapi keluar la jugak sebab anak syurga ni dah bising kata lapar..

Takmo duk fikir perasaan terbuku kat hati, ummi keluar je bertiga dengan ayah tapau je apa yang ada kat pasar siang bawah hotel tu.



Tak ramai pun orang islam jual kat pasar ni. Banyak babi golek je kot. Memang mual. Siap jual ikan bakar dan babi golek , bercampur- campur bau.

Kalau kedai muslim yang jual ayam goreng tu korang pilih la betul- betul. Siap ada jual kepala ayam salut tepung lagi tu. siap balung ayam tak buang lagi okey! Kembang tekak akak tau!

Siap tapau ayam goreng dan delima terus naik dan rehat.

Mereka keluar makan malam LM tak ikut pun. Hati memang rasa malas dan malas. Memang takda mood. Hati membara nak shopping tapi geram dan takda mood membataskan semua. Rasa nak tido je..

Walau encik Z marah sangat sebab LM takmo ikut makan, hati memang la rasa malas dan buat bodoh je la. kerasnya hati..badan letih jalan jauh dari krabi tak abis lagi. Dah dekat enam bulan hamil memang terasa nak patah pinggang jalan jauh pun ye jugak.

Maka..encik Z bungkuskan nasi padprik yang sedap kat restoran kelantan tu dan seketul udang galah beso gedabak rm30sekor(lobster)

Juling mata den tengok udang beso gedabak tu. Sebab takda mood takde lah gelojoh nak ngap udang tu. lepas makan nasi terus landing. Tup tup..anak datang serbu bilik kata jangan makan udang tu sebab dah tak elok. Nanti ummi muntah.

Tak elok????
Laju je belek udang tu. ishh baunya macam longkang. Sah lobster dah lama. Rm60 sia- sia je tapi tak dapar makan. Membazir betul! Marah lagi ummi ni kan? Ekeke

Rupanya encik Z rajin nak gi kedai tu semula. Hahaha... Dia pulang balik udang sekor tu dengan kulit udang yang anak2 dah ngap bau longkang tu. cakap la bahasa isyarat kata udang tu busuk siap buat gaya nak muntah uwekkk uwekk kat peniaga tu.

Senyum je penjual tu. adoiiiai, agaknya memang dia dah biasa jual lobster busuk kot? Entah berapa kali panaskan agaknya. Dia nak tukar baru encik Z takmo. Terus minta duit semula. Akhirnya duit tu encik Z buat beli baju. Eh eh.. Dapat baju la pulak bos besar ek?

Kisah lobster busuk dah habis kisah bilik tidur tak selesai lagi. Akibat kupas kulit udang dalam bilik ekon.. Habis satu bilik bau longkang. Memang busuk katanya bilik anak2. Orang hamil tak join pun menghidu bau busuk tu. mereka je lah gotong royong selesaikan masalah..akhirnya perfume body shop ummi gak jadi mangsa dalam usaha menghapuskan bau busuk tu. hihihi.. Macam-macam hal. Hilang kisah angin ummi tak baik tu ye?

Esoknya pagi- pagi plan nak jalan- jalan sekitar hat yai.

Bersambung....
www.tips-fb.com

5 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

huuu memang perit kalau marah tak boleh terluah ni

Diana Rashid said...Reply To This Comment

ketegaq juga Ummi depa nih..hahahah

Travelog Sunyi said...Reply To This Comment

terbuku jela niat nk shopping tu je ye kak..sabo jela..

ieda abdullah said...Reply To This Comment

mujur tak makan lobster tu...bagus anak2...cepat bgtau umminya...

kalau ke hatyai akak suka 3 tempat makan ni...
restoran Salma
restoran Ismail (kalau tak salah la)...tengah2 pekan....ada ayam pedas yg sgt awesome...
satu lagi daging & ayam bakar...kedai dah jauh sikit dari pekan..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Wah, boleh tahan juga kalau dah merajuk ya, LM! Sebenarnya sama jerk keras kepala macam saya. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...