Monday, March 30, 2015

Kuih Frozen- Bento Anak

Assalamualaikum..

Sebut pasal bento anak mau terbelit saraf kat otak ni memikirkan menu. Tiap malam asik buntu menu apa yang ummi nak bekalkan untuk anak dan menu sarapan pagi.

Jika asik nasi goreng, mi, mihun memang la jemu. Anak tak mengadu jemu tapi... Ummi yang muak duk tengok menu tu.

Kuih.. Memang kuih goreng jadi kegemaran anak- anak. Tapi nak buat tu memang la malas. Rasanya lepas ni ummi kena gigih buat popiah dan karipap frozen yang boleh disimpan lama agar tak la buntu memikirkan menu untuk mereka.

Mungkin juga.. Boleh rajinkan diri buat pau frozen dan donut juga. Sebenarnya bila ada baby ni malas nak buat kuih yang perlu tunggu naik, risau baby meragam terus kuih jadi over proofing. Tak ke naya?

Apa pun... Moga usaha ummi untuk bekalkan anak tiap hari terus berjaya dan istiqamah. Air tangan ummi yang penuh dengan doa dan zikir harapnya dapat membina tumbesaran yang sihat dari segi rohani dan fizikal anak2 ummi.. Amin

P/s: kadang- kadang tergerak hati nak bekalkan nasi putih dan lauk je untuk mereka. Tapi..sian pula. Berat sangat menu tu, nanti mengantuk pula si kakak berdua tu.



www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

tapi kira sekanrang kalau bawak bekal pagi mesti kena nasi. kalau tidak mula la gelabah cari biskut la ape la lepas sejam makan pagi tu ;P

syukur kan kak. dorang tak banyak karenah

Mummydearie said...Reply To This Comment

Anak saya memang mudah je bekal makanannya, LM. Dia nak yang simple, yang tak payah susah payah pakai sudu ke, basuh tangan ke bila nak makan. Makanya favorite lah kalau dapat roti. Saya pulak pening nak mempelbagaikan roti tu~ roti sapu jemlah, sapu marjerinlah, roti telurlah, roti pizzalah, ish... macam-macam roti dah jadinya. Setakat ni dia memang tak jemu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...