Monday, March 9, 2015

Lada Hitam Dan Jaundis



Salam..

Dapat soalan dari Cikgu AN.

"LM makan lada hitam atau kunyit tak masa pantang ni? Nazif kuning smapi 15 hari.. mulanya saya makan lada hitam dah tgk nazif lama kuning tu, tu antara petua yg saya jumpa.. jadi alhamdulillah, lepas xmakan benda dah hilang kuningnya.. rasanya sehari lebih je dh ok.. on Hari Ke Sebelas Berpantang- Jaundis lagi?
Remove content | Delete | Spam
Aisy Nasiha
at 8:50 PM"

Jawapannya:

LM belum makan lagi lada hitam. Halia dan kunyit pun kalau guna secoet sangat tak la sampai makan buat lauk.

Sebenarnya lauk ayam halia( guna halia yg banyak) atau ayam stim campur lada hitam, lada hitam disangai dan dikisar halus kemudian ditabur atas nasi panas adalah menu pantang LM tapi untuk 2 minggu awal memang LM tak berani makan sebab bidan dah pesan itu boleh buat baby kuning sebab panas

Dulu masa pantangkan anak ketiga baru LM tau. Masa tu dalam pantang kat ganu bidan tu pesan.

Orang suruh makan anggur hitam akhir- akhir kandungan LM telan tak ingat dunia. Tapi baby tetap kuning gak walau tak teruk. Pengalaman syafiq masa jaundis teruk dulu memang buat ummi trauma. Sampai 11 lampu atas bawah. Masuk air bagai, sedih tengok baby.

Walau baby baru ni tak teruk jaundisnya Ummi tetap berjaga- jaga. Risau jadi makin naik kuningnya. Biar badan lambat sihat janji baby bebas jaundis. Tapi pakar kanak- kanak cool je kata jangan risau. Ummi tetap risau selagi baby tak pulih sepenuhnya. Selagi mata baby tak putih selagi tu ummi tak senang duduk. Huhuhu

P/s: bagi yang belum tau.. Kuning baby bukan diukur pada mata atau mukanya. Kuning baby akan mula dari atas dan makin turun ke bawah. Jika dah sampai kaki tu makin teruk lah kuningnya. Nak baik pun dari bawah naik ke atas. So... Kalau mata kuning tu memang kena tunggu lama lah baru nak putih ye ibu- ibu.

Tu penerangan dari pakar kanak2 aritu. So, kalau misi duk takut2 kan ibu2 semua tu jgn lah panik ye. Doktor ke jururawat desa lagi belajar pandai? Doktor tu memang bidang dia, dia belajar bab tu bertahun2 untuk bantu ibu2 semua. So.. Tepuk dada tanya minda utk pilih mana pandangan yg betul ye para ibu semua. Jgn panik , jgn keliru.




www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Oh. Tak ada pulak ya.. kes kita lain la kot.. untuk kes nazif tu meang alhamdulillah la menjadi.. dah letih ulang alik ke hosp check darah, doa pun tak putus-putus.. doktor pun dah ugut kalau tak baik juga lepas masuk hari 15 nak kena tahan wad, lagilah berdebar masa tu.. dah ok tu next day saya cabut balik kg pasir mas terus.

Moga baby LM pun cepat baik k.. banyakkan doa. Moga jumpa rawtan yg sesuai dengan baby.. aik..nama apa?

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira pun mama yg pesan xleh mkn lada hitam walau uwais xde jaundis. sebab dia putih dokte suspek jaundis masa kt wad tu mama kata jgn makan lada hitam dlu walau itu la yg pling pebret hihihihi.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bercakap pasal jaundis ni teringat anak-anak saudara saya yang kena masa bayi lagi. Mak letak atas coffee table, lepas tu letakkan tilam dan baby atas tu, letak meja kat luar rumah. Biar berjemur dok kena matahari. Yang paling best, ada tu coffee table dok atas air pasang paras atas sikit buku lali. Kita ni tukang dok jadi security guard, tengok-tengokkan baby 'di jemuran' tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...