Tuesday, March 24, 2015

Lambat Latih Maid

Assalamualaikum...

Ini memang masalah membawa padah. Phewww mujur secapt sedar dari kesilapan besar ni kalau tidak... Mau pitam jadinya.

Haritu... Masa sarat hamil LM masih sediakan bekal anak- anak sendiri dengan bantuan si ayah. Konon nak sediakan makanan anak dengan tangan sendiri takmo lah maid yang buat.

Bila dalam pantang ummi bangun duk intai si ayah masak kelantang kelentung kat dapur sambil kendong baby. Biasanya lepas si ayah masak dia terus ke surau untuk solat subuh dan ummi bancuhkan air dan masukkan makanan dalam tupperware anak2. Tak juga mintak maid buat.

TAPI... Sekarang ni masuk subuh awal. Baby pula pukul 5.30 tu mata dah bulat duk marhaban pagi- pagi buta. Time tu lah terberak... Nak menyusu lagi..

Mujur hari last sekolah sebelum cuti aritu LM perasan subuh masuk awal dari sebelumnya. Nampak si ayah kalut memasak dan buat itu ini. Terus tepuk dahi rasa bersalah sangat.

So... Sejak semalam memang dah pesan kat maid bangun kan anak2, suruh dorang mandi dan masakkan sarapan sekali.

Bukan suruh masak pun. Takat kacau kan segala apa yang ada dalam kuali tu. semalam goreng kuey tiaw so mana boleh nak kacau benda berat2 tu dalam pantang. Dah la ada baby. Tapi bonda ada semalam so bondalah yang pantau dia.

Sebelum tido malam tadi pun camtu jugak. Pesan suruh goreng popiah . Keluar dari bilik tengok terapung inti popiah dalam minyak. Popiah lum garing bergasak dia duk paling- paling. Adoiaiii...

Tapi LM tak cakap apa pun. Intai dan blah je dari situ. Terus tengok anak2 bersiap. Dah tua kot.. Pandai- pandai la goreng popiah tu. bukan susah pun.

Esok kena latih dia bancuh air pula ikut citarasa anak2. Kalau lah LM dah jadi 'kembar siam' dengan baby. Dah melekat je.. Memang payah la nak bancuh air bagai tu.

Ye... Silap diri sendiri lewat latih dia. Rak dengar nasihat kak zakie supaya latih dia masak. Lupa kita ada baby yang tak berjadual tido dan waktu menyusunya..

Kata-kata penulis: kita tetap berkongsi langit yang sama...
www.tips-fb.com

8 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Semoga dia cepat belajar dan tidak buat-buat tak reti sebab malas...

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

hahahaha.. dulu kawan saya pun ada masalah maid camni. macam tak berapa pandai nak buat kerja. tapi nasib baik kawan saya jenis sabar.. bertahan jugak maid tu dengan dia

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alahai dik... memang kita tak boleh biarkan Maid goyang kaki sedangkan kita yg sibuk menggelabah. Bukan tak boleh suruh maid masak apa lagi kalau kita sentiasa ada di rumah, kakak dulu breakfast utk anak-anak memang maid yg buat. Bekal-bekal pun dia yg buat siap masuk beg sekolah. Meehoon ke mee goreng kena ajar dia buat perencahnya. Biar dia tahu dan buat. Sebab kalau ada tetamu express siapa yg kena buat kalau bukan maid kita. Nasi goreng pun boleh juga ajar dia buat. Cuma macam abang tu memang kalau bibik yg buat dia tak makan. Jadi kakak dgn anak-anak memang tak kisah..

Abang jenis tak breakfast di rumah senang. Dia sarap di office.

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

aduh.. boleh sakit jiwa kalau maid tak reti nak ringan tulang.. tak pandai kita boleh ajar..tapi kalau tak berapa nak sedia nak belajar tu yang payah..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

takpe kak. tak terlambat lagi. dia kekok kot sebab dh lama tak masak ehehehehe (bersangka baik) :p

Mila Hilas said...Reply To This Comment

susah juga mcm tu kan..best la jadi maid akak sbb x byk keje yg dia buat.. xpelah kak.mujur akak dh sdr sblm btl2 terlambat kn...ada masa lagi tu utk ajar maid tu masak..harap dia cpt belaja dan x malas

Diana Rashid said...Reply To This Comment

awak tulis je Lm..lepas tu tampal kat peti sejuk suruh dia buat ikut step2 tu..tapi awak pantau la sikit2..cakap kat dia jangan ubah resepi..kena ikut gini jugak..ha,..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ingatkan bila ada maid, makin mudahlah kerja kita ya, LM rupanya tidak juga. Nak memantau maid pulak. Kalau tak dipantau, aduhai entah apa-apa pulak yang berlaku di belakang kita.

Pelan-pelan kayuh. Sekarang ni mungkin dia belum membiasakan diri, lama-lama dah tahu rentak harapnya bolehlah dibentuk walaupun tak budak lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...