Monday, March 9, 2015

Menu Berpantang Yang Simple


Assalamualaikum...

Weeee sawi sawi sawi..

Bosan dah makan sawi. So petang ni kenalah ayah belikan brocoli dan kobis panjang sikit untuk sayur ummi esok lusa.



Menu hari ni. Sup sawi dengan carrot dan telur. Hari ni sawi jepun. Sedap la sikit manis.

Lauk pula ayah dah goreng ikan tenggiri untuk ummi tadi. Kemain siap letak bawang merah bagai konon nak bagi sedap tapi ummi ni kalau takda pedas memang merajuk payah nak makan. Dalam pantang mana boleh makan pedas ummi oiii!!! Sabar lah hati!!

Nampaknya ayah cuti tiga minggu kena masak dengan tabah sebab ummis sangat cerewet bab makan. Kurang masin bising, ikan tergaring bising, ikan goreng kurang rangup bising gak. Sian chef jemputan kan? Cerewet sungguh ummi.

Ye lah.. Ummi kan sakit, nak makan dah la tak pedas,( payah org lidah asik nak pedas x sedar diri dlm pantang ni)... Tu yg asik angin je tu.

P/s: baby sejak semalam siang2 asik nak menyusu je. Kemain... Dah pandai dah! Sejam sekali nyusu pastu asik nak berpegang.
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bila lagi nak rehat macam ini kan. Kalau tak sendiri asyik kena fikir menu apa nak masak. Sekarang Mr. Papa yg pening nak masak apa utk buah hati yg berpantang. Nak suruh anak belum pass lagi:)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Salam LM,

Dah bersalin rupanya. Tahniah! Lama tak jenguk sini *_*

Amboi, bukan main 'kekwat' ibu berpantang seorang ni ya! Nasib baik chef jemputan tak bayar kata, main 'Yes, Madam!' ajelah. Itulah siapa suruh kita beranak ya tak? Kenalah ikut anak tekak orang berpantang *_*

Nanti hari pertama lepas habis pantang pi lah kalau berani terjah nasi goreng cili padi ke, asam pedas ikan tenggiri ke. Hahaha....

Oppss... kesian dia terliur pulak dah!

Diana Rashid said...Reply To This Comment

sekali sekala..tak pe..dimaafkan..hahah..pasrah je la chef jemputan tu...ni baru 5..ada 4,5 kali lagi ye Chef..hahahah

Kira Sakura said...Reply To This Comment

masa pantang memang masa tuk rehat sungguh2 kan kak. tp klu pantang kt rumah mentua malu nk rehat sungguh2 hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...