Tuesday, March 10, 2015

Nama Baby

Assalamualaikum...

Rasa nak gelak pun ada bila baby dah lahir berhari- hari tapi nama masih takda. Entah kenapa payah sangat nak dapat nama yang berkenan di hati semua pihak. LM ikut kan saja... Malas nak sumbang idea. Hehehe




Alhamdulillah pagi tadi ayah dah daftarkan nama baby. Muhammad Ariz Syahim nama di beri.

Hari ke-12 baru dapat nama ye dik? Kadang tu kalau bercakap dengan baby tersebut 'apit'. Huhu sian.. Nama syafiq pula ummi sebut kat baby.

Baby sekarang ni siang- siang pun tak la tido sangat. Sejam sekali dia bangun nak susu. Malam pula dia tidur agak awal nanti jam 11 dia mula buat muka kura- kura terhangguk- hangguk ajak main. Bila tutup lampu je keluar lah suara dia sebab orang tak layan.

Meniarap atas dada ayah sampai jam 1.30-2.00 pagi baru dia lena semula. Alhamdulillah dia bangun menyusu sekali je sampai ummi ayah bangun siapkan bekal sekolah abang kakak dia jam 5.30
Pagi tu.

Kalau bernasib baik dia tak bangun. Kalau tak dia pun sama jadi supervisor pantau ayah memasak untuk sarapan dan bekal sekolah. Hihihi.

Lepas ayah ke surau baby sambung tido semula. Ummi pakaikan tudung kakak, tengok kakak sarapan sampailah kakak naik bas sekolah.

Mujur seminggu saja baby tak tidur sangat time malam, abang kakak dia dulu sepajang tempoh dalam pantang tak tidur malam. Letih ummi berjaga malam ...

Nak panggil Ariz ke? Syahim ke? Hurmmm tak tau lagi

www.tips-fb.com

5 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Asal jangan panggil boboi dah la..ahhaha

Kira Sakura said...Reply To This Comment

wahhhh alhamdulilah. berdebar achik ni tau tak tiap hari fikir ape la ummi bagi nama kat adik bongsu ni hihihihihi

panggil ariz syahim terus pun boleh ekekekeke

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alhamdulillah... dah bernama pun:)
Tak kisahlah nak panggil apa pun yg pasti kakak/abang mesti panggil adik juga sebab yg kecik buat masa ni..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

alhamduliilah...

assalamualaikum bb ariz syahim..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Aduhai... punyalah lama skrol baru dapat tau nama penuh baby Ariz. Alhamdulillah, baby dah ada nama!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...