Thursday, March 19, 2015

Nasi Lemak Teh O

Assalamualaikum...

Selamat pagi..

Cuti sekolah ramai yang lega tak perlu buat bento untuk anak- anak. Tak perlu berkejar siapkan sarapan pagi sebab balik kampung tapi... Anaknda kesayangan si puteri sulung tuisyen juga walau cuti sekolah maka ummi bangun juga lima lebih buat sarapan dan bekal.

Nasi lemak telur saja. Ringkas tanpa kacang goreng(dorang tak suka) dan takda bilis goreng pun. Cuma telur rebus dan timun dengan sambal tumis je.

Ummi bangun terus buat sambal. Baby ariz dah nanges minta susu . Aduhh subuh masuk awal ayah dah gi surau. Terpaksa stop dulu menyusukan baby sambil mata duk kerling jam sebab 7.30 kakak dah nak gi sekolah.

Bibik(maid) memang tak pernah LM minta pegang baby atau urus syafiq ke apa.. So pasrah je lah berkejar kalau baby nanges atau syafiq nak susu ke apa..

Kelapa parut beku tu LM blender je.. Terus tanak nasi lemak dan rebus telur. Mujur siap.. Ayah balik surau tukang kupas kukut telur. Ummi sambung landing atas katil. Haha masak sikit penuh gak sinki. Selalu tu sambil masak basuh sekali. Tapi sebab dah berkejar takut baby nanges laju- laju masak . Lagi pun.. Ummi kan dalam PANTANG lagi. Tak boleh laju sangat tangkas sangat dan tak boleh penat sangat. Kerja ummi masak je tugas bibik kemas dan basuh . Memang ummi nak air tangan ummi gak masak. Masak bukan susah pun main campak je pun. Kan?

Air apa? Teh o saja lawan nasi lemak telur kita..

Ummi sarapan apa? Cukuplah roti dengan butter dua keping bersama kopi pengaga warisan. Ops.. Sebelum tu jamu ratus warisan sepaket ...

P/s:Doakan ummi cepat sembuh ye. Doakan baby bambam ni baik tak banyak ragam. Hehehe..

Baby ni manja kemain asik nak berpegang je. Kalau ayah ada meeting ummi nak ke tandas pun payah. Nanges macam kena cubit padahal nak menyusu dari kanan ke kiri kiri ke kanan semula macam ummi ni tak boleh gerak kena ngadap dia je:(

Korang sarapan apa pagi ni?
www.tips-fb.com

5 comments:

Siti Rohaida Yusof said...Reply To This Comment

hanya bubur pulut hitam malam tadi,bawa ke office...memang teringin nak makan..hehe

Manan Qayyim said...Reply To This Comment

makanan yg simple... menu utama rakyat Malaysia

Nukilan Terkini di Owh!MananQayyim : Rindu Ombak

Diana Rashid said...Reply To This Comment

mesti berat dah turun banyak..baby pulak nak menyusu je..kan??

Kira Sakura said...Reply To This Comment

baby manja!!! hihihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Baby nak bermanja. Yalah baru jumpa Ummi face to face gitu ~_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...