Thursday, March 19, 2015

Ruam

Salam...

Cuaca panas berdenting buat ummi dan baby tak tahan. Baby lagi la..dengan ruam penuh muka dan kepala. Ummi je takda ruam lagi tapi tetap la rimas sebab kena berstokin bagai maklum lah dalam pantang katanya..sobss

Si ayah duduk jaga ummi dalam pantang berminggu- minggu terus tak tahan sampai pasang aircond kat hall jugak akhirnya. Dulu dia sibuk nak pasang tapi ummi tak bagi( konon nak jimat letrik). Tapi sebab dia tau memang di hall membahang panas time tengah hari dia terus pasang sebelum naik harga bila dah kena GST nanti . Banyak tu beza harga..

Takkan nak sorok baby dalam bilik semata- mata nak bukak aircond, sian pula abang kakak dia kan.. Ummi pun rimas terperap dalam bilik. Tapi.. Panasnya sampai nak tido malam pun tak selesa. Kalau bukan dalam pantang syok ooo mandi dulu sebelum tido. Ehehe.

Dah la panas,mandi pula air panas. Apa ko rasa? Aummmm rasa nak jadik naga telan orang terus.

Kadang- kadang rasa aduhh cepat je mendidih darah ni bila sesuatu benda jadi. Sebab panas kot.. Ke.. Sebab badan tak sihat lagi.. Ke sebab hormon? Ecehhh padahal memang ummi ni kuat marah pun.😉
www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bila kakak baca entri yg dua-tiga hari lepas nampak macam kurang sihat. Kenalah bersabar sikit. Memang kalau dlm pantang musim sejuk pun rasa panas, apa lagi sekarang cuaca tak menentu gini kan..

Harap bertambah baiklah. Ubat yg doktor bagi tu jgn culas.

Cik Aish said...Reply To This Comment

Ruam ek..sian baby..sapu la krim herbal blend shaklee tu.. Btw..si ibu tgh berpantang make sure minum air masak banyak n bykkan mkn buah2 yg sesuai..

Take care :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

moga banyak2 sabar ya.. insyaAllah lebih lancar semuanya.. dugaan pasti ditempuh dengan baik..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

emosi orang dalam pantan kak. itu yang org tua2 pesan. orang dalam pantang ni kena jaga hati dia jangan bagi terguris termarah ke nanti nanti jadi meroyan. huuuu. itu yg kes papa kira tak bagi mana2 mentua pun jaga anak dia. takut anak dia terguris perasaan masa pantang. kalau mak ayah kita yg tegur pape lain kejadiannya kan huuu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sebab rasa 'terpenjara' ketika dalam pantang, itu yang mood bengis suka mampir tu, LM :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...