Sunday, March 29, 2015

Sebulan- Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum

Alhamdulillah... Baby Ariz dah berumur sebulan jumaat lepas. Sekejap je dah sebulan, maka ummi ada 14 hari lagi untuk bertabah menghabiskan pantang. Ehehehe



Nyenyak tido...

Biasanya lepas mandi memang dia tido. Tapi kalau angin dia nak berjaga bulat je lah mata dia. Bagi susu berkali- kali pun memang dia takmo tido.

Baby ariz lahir 27 feb lepas dengan berat 3.32 kg. alhamdulillah semalam gi KPMC untuk check up sebulan berat dia dah naik 4.7kg. Besar dah anak ummi

Semalam baby Ariz kena cucuk untuk sebulan juga. Syukur lah tak demam. Memang LM takda tuam ke apa ke sebab doktor memang tak bagi tuam bagai tu biasanya.

Apa perasaan ummi?
-bahagia sangat. Bertambah- tambah berbunga hati bila berat dia naik lebih sekilo. Patutlah lenguh je tangan ummi bila kendong dia, rupanya dah dekat nak lima kilo anak ummi ni ye? Syukur...

www.tips-fb.com

6 comments:

Aku Penghibur said...Reply To This Comment

alooo comelnya dia tidur... tahniah dapat baby

Jom Vote blog acik bagi msmw

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah.. cepat besar Ariz ya.. berkat susu ibu ni.. bagusla gitu.. lega bila anak sihat dan membesar dengan baik.. ai, abang Syafiq tu makin geram la tgk adik ya?

Kira Sakura said...Reply To This Comment

dah berisi badan dia. hehehehehe. sikit masa lagi mesti jadi macam lengan michelin tu ekekekeke :p

Cik Aish said...Reply To This Comment

tgk baby kt sdiri, mesti lupa jap rasa sakit bersalin dulu haha

Mialia Amelia said...Reply To This Comment

alo. x dpt tgk gmbr :( mmg cpt. rasanya last sy baca artikel tntg dah lebih 9 bulan hamil. hehehe.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sekejap je masa berlalu ya. Macam baru semalam bersaling tau-tau dah habis pantang ~_^

Syukurlah Baby Ariz sihat dan membesar dengan jayanya. Ibu manalah yang tak gembira bila tengok comelnya alahai anak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...