Saturday, March 21, 2015

Tiap Orang Tak Sama...(berpantang)

Assalamualaikum..

Sobsss mood ke laut. Rasa bengkak je hati. Apa kes?

Okey.. Silap LM gak semalam buat kek batik aurora untuk minum petang anak-anak. Kan cuti sekolah... Biasanya bila cuti memang main tepung dengan anak dara besar tu tapi sebab dia busy tuisyen kat sekolah dari isnin sampai khamis memang tak tak projek apa pun. Tambahan pula malam- malam dia tuisyen pula kat tempat lain, dah letih mana sempat nak main tepung kan?

Berbalik pada cerita kek .. "La... Dalam pantang buat kek jugak ke? Tak boleh duk diam2 ke?"tak reti jaga kesihatan.. Bla bla bla.. Banyak la tanggapan buruk singgah kat hidung i nih.

Meh nak cerita... Susah sangat ke buat kek takat campak dalam stand mixer tu? Pada aku la benda tu sangatlah mudah. Ko pecah telur sambil duduk pun boleh. Ko nak cedok tepung dan ayak sambil meniarap pun boleh.

Dalam pantang ni sampai tak boleh gerak eh? Kalau orang yang mak atau mertua tak kerja duk jaga kau macam permaisuri sampai hidang nasik kat tepi katil 44 hari tu kira okey la. bagi LM (yang pernah duk dua tiga malam dulu2) time pantang kat umah mertua , orang hidang nasi dalam bilik i sangat malu tau! Laju2 i angkat pinggan bawa keluar dan makan di meja. Walau sakit nak mati masa bersalin pun.. Takda lah tahap sampai tak mampu jalan atau berdiri bila dalam pantang sampai 44 hari tu.

LM anak pertama pun duk rumah mak tiga malam je kalau tak silap. Lepas tu terus balik rumah sendiri( dekat je ngan rumah mak mudah dia nak jenguk). Encik Z akan cuti 3 minggu biasanya bila LM berpantang. Dia yang masak dan urus semua. So.. Terjawab sudah siapa jaga dalam pantang kan?

Bab makan? Encik z la masak. LM makan simple2 je.. Sup sawi dan ikan goreng ke, ayam bakar ke.. Bukan yang susah2 pun. Untuk anak2 yang besar ni encik Z masak la kari ke apa ke ikut apa yang dorang suka.

Mertua ada urusan dia sendiri.. Mak pun mengasuh anak orang, memang la tak dapat nak jaga kita dalam pantang duk bertapa kat rumah kita. Tiap orang tak sama..

Dah tentu LM ada 4 anak bersekolah.. Takkan la nak balik kampung tinggal anak? Giler ke apa? Semata2 nak berpantang nak tinggal anak? Fikir logik boleh tak?

Kalau orang yang ada anak dah besar, yang perlu makan mustahil la ko nak biar je anak tu makan makanan kedai. Eh tapi ada je kot yang gitu. Dah tu ada kain tak berlipat, rumah tak bersapu , kain tak berbasuh pada yang takda siapa jaga tu agak2 biar je lah sampai habis pantang eh?

Kalau anak kau jaundis pastu kena tahan wad seminggu dan kau masuk spital gomen agak2 kau pantang betul ke? Turun naik katil duk salin pampers anak, nak gi tandas jauh. Kalau rumah jauh takda orang hantar lauk kau makan je lauk spital yang entah2 orang berpantang tak boleh makan tu.. Ecece... Tang kata orang memang best kan? Macam kita ni sempurna sangat kan?

Bab kek pun jadik isu? Hurmmm

LM putar je kek tu pun, bekas segala mangkuk sudu bagai yang kotor tu maid yang cuci. Dia yang lap tepung berselerak. Payah sangat ke ? Letih sangat ke duk campak telur dan tepung bagai dalam mixer?kalau untuk diri korang rasa payah, letih, tak mampu, tak kuat..itu pada korang. Buat LM membaking itu terapi. Memang rasa hepi dan tenang bila buat kek atau apa saja .

Tak yah la kot nak kata LM ni jenis tak moden tak berpantang ke apa.. Bukan aku melipat baju ke.. Mengemop ke.. Pinggan sebiji dan cawan sebutir pun aku tak basuh pun dalam pantang ni tau. Semua benda bibik buat. Takat kisah kek kalau orang bak tuduh LM tak pantang memang buat hati terbakar la jugak.

Last-last aku delete gambar kek tu. tujuan upload pun sebenarnya nak say terima kasih buat kak yati atas resepi dia dan buat dik ieyla kerana bagi tips cara nak buat corak kek aurora tu. dulu pernah buat tapi warnanya bercampur dan menggerunkan..

Nak bebel kat mana pun tak tau so bebel la kat blog . Ye.. Bukan orang tau kita ada bibik. Orang cakne sebab ingat kita bertungkus lumus basuh mangkuk kotor lap dapur bagai kot. Tapi sangat muak bila ada yang tau kita ada yang bantu tapi masih lagi pertikai bab buat kek macam lah buat kek tu serumit buat apam polkadot ke..atau kek lapis sarawak ke. Putar dan hempuk dalam loyang terus bakar pun payah ye?

Anak dah lima..tau la LM cara nak berpantang. Tak pantang betul mustahil sebelum2 ni aku dapat berat badan yang buat aku tersenyum sendiri kot...so, lain orang lain cara. Jangan nak samakan diri kita dengan orang lain. Kalau u pilih berpantang duk atas tilam dan ngadap baby 24 jam , buat je la. i ada anak lain yang perlu dilayan. I masih ajar syafiq ngaji alif ba ta tiap pagi dan petang. I masih ngadap qila buat latihan sambil susukan baby. I masih bebelkan latihan si abang dan bebelkan si kakak besar.

Lain orang lain cara, tak perlu kita nak samakan orang dengan cara kita. Alhamdulillah berpantang kali ni sangat mudah dan sangat banyak restnya. Mujur bersalin genap 40 minggu so sempat ajar bibik buat kerja dua dekat dua minggu. Dia dah reti buat kerja tak la pening kita .

Sekian saja bebelan di tengah hari... Wassalam.

"Bila abis pantang dik?" Akak sayang i dah tanya.

11 april habis pantang. I melayu johor pantang 44 hari. Ada yang 42,40 hari.. Ikut korang la . Tapi LM tak pernah la buat pantang 100 hari. 45 hari tu dah keluar jalan2 dah. Hehehe.
www.tips-fb.com

5 comments:

Nuha said...Reply To This Comment

sabar (LM).. huhu. betul dah tu. Setiap orang pantang tak sama. Ada yg boleh pantang sendiri. ada yg perlu perhatian lebih.

subjektif utk setiap ibu berpantang. jemput jenguk blog nuha ya

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

saya pantang pun memberus baju anak & suami sendiri even mak jaga. kena pulak time tu washing machine rosak.. mak memang jaga sampai habis pantang.. tapi tak tergamak nak kulikan mak sampai kita duduk atas tilam tak bangun2 dah.. apa yang saya boleh buat, saya buat sendiri. mak ada tegur tak payah basuh kain nanti dia buat tapi bukan sebab malu tapi sebab tak sampai hati kot. Dia dah la dari kg dtg jaga kat sini.. cukup dia jaga makan & tolong jaga anak tu dah baik. sebab yelah anak first nak mandikan sendiri masa mula2 tak reti jugak.. mak buat la dulu.. lain orang lain cara pantang. pantang bukan bermakna jadi queen je

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

panjang entry kali ni.. LM jaga diri ya, tak payahla fikirkan mulut2 longkang ni. memang ada saja yang tak kena.. buatla ikut apa yg biasa LM amalkan, insyaAllah semuanya ok..

LM, saya bongkar entry lama LM nak cari pasal Krabi tapi tak jumpa.. akhirnya kami jejak Krabi, entry LM dulu buat saya terasa nak ke Krabi..hihi

Kira Sakura said...Reply To This Comment

samala 45 hari dah keluar jalan2 hahahahaha.

ermmm sabarlah kak. memang mlut orang ni ada je yang xkena. tp betul la kalau orang pantang anak first mungkin boleh duduk ngadap baby je tapi kalau yang dah ada anak besar ni kena jugak tgk ank2 tu. xkan nak diketepikan anak yg dah besar sbb ada anak kecik kan.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hahaha... anak pertama, dalam pantang tiga puluh hari dah rindu nak bawa kereta, LM. So saya drive ke kedai berdekatan, siap pakai stoking bagai :)

Kalau kata kena berpantang 30 hari jerk, memang 30 hari jerklah kita ambil. Malam hari ke-30 tu kira dah macam malam kemerdekaanlah~_^

Tapikan saya memang salutelah kat LM ni. Masa pregnant, aktif. Masih berpantang pun, tak reti nak manja-manja lebih. Kalau saya diberi peluang, bermanja aje kekdahnya! Hiks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...