Tuesday, March 24, 2015

Tip Top Setakat Ni

Assalamualaikum...

Berikutan entri sebelum ni pasal LM lambat latih maid memasak memang salah diri sendiri sebab takmo dia campur tangan dalam urusan memasak. Sobsss salah ummi bukan salah dia malas atau tak reti buat kerja sebab... Takat sebulan lebih dia kerja ni kerja dia alhamdulillah tip top kat mata ummi. Memang rajin. Memang tak henti2 kerja sampai kena paksa stop dulu makan.

Ada kekurangan beberapa perkara tu LM anggap je lah perkara biasa. Kelemahan dia bab tak reti nak asing baju masa membasuh. Suka je campur seluar atau baju warna gelap dengan baju warna biasa... Haaa bab tu selalu buat ummi angin. Mulalah urut dada.

Bab suka 'makan sabun' ( kejap je sabun habis dikerjakan). Kita pakai sebulan dia pakai seminggu boleh habis). Bab lain tu semua beres. Pukul 2 semua kain dah siap dia gosok. Sekarang ni merasa lah pakai baju duk rumah pun bergosok. Dah larang pun dia gosok jugak. Lantak ko lah.. Janji kerja ko beres dan cepat sudah..

Kalau bab dia mengemop dan menyapu tu sehari entah berapa kali tak tau. Maybe agen latih dorang gitu kot? Basuh tandas sehari sampai dua tiga kali tu atas latihan agen ke? Entah la. tak pula LM larang walau rasa kesian sebab nanti dia tak buat langsung lagi payah. Tapi... Pelik gak sebab asik menyental bilik mandi je. Pagi sental tengah hari sental nanti malam sebelum dia tido dia duk sental lagi.

Cuma... Bilik LM je lah dia tak buat sebab masih lagi duk ingat pesan kak zakie buat sendiri.. Gigih la sental bath tub pelan- pelan bahagian yang encik z tak gonyoh sangat tu(dia pun dah mula kerja).

Meh nak bisik sket.. Nape LM macam tak berapa nak bagi dia masak sejak awal. Ada rahsia tersembunyi sebenarnya. Ada kisah disebalik cerita. Ehehe

Pertamanya: citarasa kurang sama. Takut la lain jadiknya rasa masakan tu nanti. So.. Kena ikut nasihat diana tampal resepi. Beressss pasni takat sandwich ke apa boleh suruh dia ikut resepi yang dah diberi:) tq diana!

Keduanya: dah biasa buat sendiri tak terfikir pula baby bangun sama pagi2 tu( okey tu salah diri sendiri).

Ketiganya: haha.. Jangan gelak tau.. Akak takut kena mandrem. Manalah tau....

Keempat: pernah minta dia curah cili kisar dari blender tup2 kita berpaling dia duk korek saki baki cili tu dengan jari. Licin bersih blender tu dia korek guna jari sampai berbekas2 kesan jari kat situ. Sape yang nampak? Encik Z nampak. Terus dia kembang tekak nak makan, padahal LM yang duk tumis campak itu ini, letak garam gula semua. Paling kejap gi ambik baby terus dia buat ikut cara dia memasak. Tu lah sebab nya LM ngeri nak biar dia masak sendirian.

Dia ni dulu kerja dengan orang putih kawen dgn org palembang. Memang dia yang masak sebab orang palembang tu memang asik kluar je. Citarasa indon tekak sama je kan...

Pernah juga dia kerja dengan orang tua strok. Bekas pelakon yang baru kena strok raya haji dulu. Memang dia yang masak ikut resepi nenek tu katanya. Maka.. Memang dia tau lah resepi melayu ni dari cerita dia menu2 yang nenek tu minta dia buat. Tapi.. Belum rasa nak test lagi air tangan dia. Biar dia urus sarapan anak dulu sebab pagi kan suntuk. Kejar masa. Ni LM lum boleh solat nanti abis nifas berkejar nak solat lagi. Baiklah dia masak sarapan anak kot..

Tq tau korang rajin bagi pendapat. Sayang kalian semua..

P/s: udara yang kita dari Pencipta yang sama. Laut yang memecah pantai kadang kala bertembung dengan pantai yang berbeza. Jauhnya jarak bukan bererti berpijak dibumi yang berbeda.
www.tips-fb.com

4 comments:

Nik Azidah said...Reply To This Comment

Alhamdulillah rezeki tu dapat maid yang tiptop...bab sental bilik air tu, kuman nak membiak pun tak sempat hehe...

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dik cuci bilik air bilik tu biar dia buat. Tak apalah. Tukar cadar dan sarung bantal juga biar dia buat. Cuma lepas bangun tidur tu kita kemaslah sendiri...

Pelan-pelanlah ajar dia. Kakak rasa maid ini boleh dipercaya. Cuma cuci-mencuci biasa bibik-bibik memang suka 'main air dan sabun'. Kena ajar jimat kalau tak pengsan en Z nak bayar bill air dan asyik beli sabun aje!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

agaknya dia rasa pelik kot kalau duduk saje tak buat ape. itu yang kejap kejap sental bilik air. kejap2 nak menyapu :p

Mummydearie said...Reply To This Comment

Eh, nampak macam bagus pulak maid LM ni. Konpius sekejap saya.

Bagus juga dia asyik bekerja. Takdalah banyak masa terluang dok fikir nak buat apa. Tapi sebagai majikan kita pun ada perasaankan, bukan nak dera suruh dia bekerja sepanjang masa. Time makan, makanlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...