Thursday, March 5, 2015

Ummi Nak Demam Ke?

Assalamualaikum..

Ya Allah.. Ujian apakah ini?

Pinggang sakit macam nak putus dan badan sangat tak larat. Sebab baby nampak kuning sejak kelmarin memang ummi takut nak makan halia dan kunyit walau doktor kata takpe. Dan... Jamu sah- sah la ummi memang tak makan lagi.

Bengkak susu sampai nak tidur mengiring pun ye jugak. Berdenyut- denyut.. Tu pun tiap dua tiga jam sekali ummi pam susu keluarkan. Sekali pam dapatlah 4-5 oz. Walau dah pam banyak tetap bengkak keras berdenyut lepas tak sampai sejam😢

Kebetulan malam tadi baby memang menangis je . Tak tido... Kejap- kejap berak, kejap- kejap nak susu. Mungkin sakit kot pusat dia. Nampak macam nak tanggal tapi ada berdarah sikit mungkin tersangkut kat seluar dia. Bisa kot.. Ummi rasa macam jalan tak pijak bumi pun pagi ni. Sangat tak larat:(

Kena sihat sebelum jumpa puan doktor esok hari.. Kalau tak, silap- silap ummi kena tahan wad pulak nanti.

Ops, jaundis baby 11.? Ntah semalam. Lupa dah. Tak tinggi pun. Harap makin turun. Memang ummi suap gak baby air zam zam sejak semalam . Ummi pun teguk air zam zam bergelas- gelas sejak semalam. Rasanya lima liter yang ada depan mata tu memang ummi je teguk sehari dua ni dengan harapan cepatlah baby sembuh dari jaundis. Segalanya dah diusahakan, moga Allah perkenankan. Amin

www.tips-fb.com

5 comments:

Siti Rohaida Yusof said...Reply To This Comment

moga diberikan kesihatan yang baik untuk ummi dan baby ye..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

errrr akak demam urat ke ni? macam kira masa lepas bersalin dulu. moga cepat sihat kak. moga baby pun cepat sihat jugak amin amin

Kakzakie said...Reply To This Comment

Susu bengkak tu cuba letakkan kelopak kobis dik bagi jadikan macam bra nanti kobis layu susu tak bengkak sangat. Pam pelan-pelan..

Betul jgn makan jamu dulu sebaiknya. Jaundice tu kalau family kakak bagi fresh goat milk pada baby. Kalau tak pun umminya yg minum. Dekat sinseh ada jual uncang yg kalau rendam dlm air akan jadi kuning boleh buat mandi baby yg jaundice ni. Cuba cari mana tahu boleh jadi penawar cepat.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Alah..sian awak..pinggan sakit tu kenapa..?? awak kurang baring kot..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alamak, dah komen ke belum ni? Tengah syok-syok baca, ada 'gangguan' pulak. Terus lupa!

Banyak susu LM ni sampai bengkak-bengkak. Saya memang takda pengalaman banyak susu ni tapi kalau tak silap kata kakak saya, kalau bengkak letak je kobis kat payudara tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...