Sunday, March 15, 2015

Warded?


Assalamualaikum...

Ampun maaf menyepi dan terus membawa diri dari dunia maya ni. Mengikut kesesuaian masa dan keadaan.. Kesihatan diri amat merundum tanpa dipinta tanpa diduga dugaan melanda.

Seperti entri yang lepas- lepas.. Ummi ada darah beku yang banyak dalam rahim. Sebab tu ummi asik ulang alik ke KPMC lagi buat masa ni. Ditambah busy asik ambik darah baby Ariz jugak yang kuning sejak hari ke 4 lahir.

Masa seminggu lepas bersalin tu doktor dah tau ada banyak darah beku dalam rahim LM. Katanya darah beku yang berkumpul tu kalau keluar sekali gus(tumpah darah) LM kena cepat- cepat ke hospital. Tumpah darah akan buat kita lemah, jangkitan kuman dan lain- lain( bentan). Doktor nak tahan wad dan masukkan antibiotik bagai..( tau dah dia nak cucuk bagai kat aku!)

Untuk keluarkan darah beku tu dan elak berlaku jangkitan doktor dah bagi dua jenis ubat. So.. Seminggu lepas tu sabtu 14 hb (semalam) kena jumpa dia lagi. MALANG nya.. Sebelum sabtu dah turun darah sampai penuh pad. Berhari- hari pulak tu. Dan.. Kalau korang kenal LM, korang tau lah yang LM takkan serah diri kat doktor tu. Rasa nak pengsan, nak tumbang pun daku tahan jugak sebab takmo kena tahan wad.

Maka semalam jumpa lagi dengan doktor buat- buat kuat walau rasa tak larat sangat nak melangkah.

Masuk bilik doktor sorang- sorang. Encik Z layan syafiq dan anak yang lain kat luar bilik doktor. Baby pun tinggal kat luar jugak.

"Eh kenapa tak larat sangat nampak ni?" Ayat pertama doktor buat LM rasa nak tumbang terus. Camne dia boleh tau nih?

Scan.. Huhu sah la darah beku tu masih tebal kat rahim. Sebatutnya bukan setebal ini. Bla bla bla.. Entah apa doktor cakap LM dah tak boleh fokus. Yang LM dengar kena "makan ubat ni ni dalam tiga hari selasa nanti kita jumpa. Kalau tak okey saya terpaksa tahan awak kena sambung masuk antibiotik, takda pilihan dah."

Okey angguk2 je la.. Malas nak cakap apa-apa:(

"Awak kena sabar dengan saya...saya kena seluk nak bagi bla bla bla..( tak faham apa doc cakap sebab dah tak boleh fokus)

Doc sarung glove dan mulalah episod seluk bagai(ngeri giler kat tempat luka rasa macam)€}^€>_<#~•?!!!

"Selagi darah beku ni tak selesai selagi tu awak sakit dan tak lega " dia tulis- tulis cakar entah apa pun bukan LM paham. Sobsss

Ni lah ubat yang kena makan sampai esok. Nanti selasa pagi kena jumpa dia.



Apa nama ubat?

Tablet cytotec dan zithromat tulis kat situ.

TAPI....

Tablet cytotec tu ..
"Bila awak makan, awak akan rasa gigil2, sejuk, tangan kebas2, perut rasa mencengkam, cirit- birit..., ada orang takda apa2, tapi ada yang kena camtu. Saya bagi tau awal- awal takut awak terkejut pulak nanti" kata doktor..

Baik lah doktor ku sayang... Demi kesihatan diri walau apa pun daku sanggup hadapi. Ceh kata hati camtu lah. Tapi.. Bila dah sejuk gigil2, mula keluar masuk tandas.. Dengan baby asik nak menyusu sejak sekali, pastu nak susu lagi kiri ke kanak kejap kiri balik.. Pastu baby muntah sampai keluar ikut hidung. Haaaaa mulalah ummi rasa nak nanges.

Buat doktor haslinda, dia dah buat yang terbaik untuk ummi sihat. Tapi buat diri ni rasa down jugak. Rasa takmo telan ubat tu sebab kesan ubat tu memang rasa sangat la tak sanggup, TAPI kalau tak makan ubat apa cerita selasa nanti? Kena tahan wad sanggup ke? Sanggup ke ummi?????

P/s: doakan ummi cepat sembuh. Kalau menyepi lama tu paham- paham je lah ye.

www.tips-fb.com

4 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

seluk kt situ kak? cam mana dengan luka bawah tu? huuuuu ngeri pulak dah kira dengarnya hukkkkk terus rasa seram sejuk

akak kalau bertungku tak boleh ke darah tu keluar sendiri?

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

allahuakbar.. kesiannya awak..

siapa jaga awak masa dalam pantang.. jaga diri baik baik ya.. jgn push diri sangat.. jgn lupa makan iron folic.. sbb darah banyak keluar.. bahaya tu.. nanti boleh pitam..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Uchhhhh!!!ngeri giler kena seluk..tak mau tak mayu..takut,..
Tak pernah lagi ada masalah darah beku ni..bahaya jugak ye.....



Mummydearie said...Reply To This Comment

Uhuh, bila sebut 'seluk' tu saya terus naik bulu roma. Oh, tidak.... Nak baik cepat kenalah makan ubat. Dengar kata Kak MD ni. Chewah, macamlah dia berani sangat padahal lagi penakut sebenarnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...