Saturday, April 4, 2015

Bangun Pagi

Assalamualaikum...

Pagi sabtu yang dot dot dot..
Hurm.. Hati panas. Sebelun tido duk cari kain nak diputar. Tup tup tengok baldi mop yang jenis ada roda style macam cleaner kat pasar raya duk pakai tu dah patah tempat keringkan mop. Uik???

Dua hari lepas paksa maid guna baldi tu sebab dah beli mahal la jugak dalam seratus lebih harga dia. Kalau tak pakai kan dah membazir. Lagi pun ia memudahkan dia jugak. Tapi dia guna dua kali je terus kata takmo la, tak cukup kering la.. Macam- macam alasan.

Bila dia letak kat bilik cuci tak pula dia kata baldi tu rosak. Dia ni memang jenis kalau rosakkan barang tak pernah mengaku. Pukul 10 camtu terus ketuk bilik dia minta dia keluar. Dia ni satu hal .. Pukul 9 dah memerap dalam bilik sampai anak nak roti pun cari ummi. Arghhh nak kena basuh bersih- bersih bibik ni nanti!

Tup-tup dia kata tak tau. Ni mesti kerja budak2 ni main sampai patah katanya. Dia ni kalau patahkan pintu almari buku anak pun tuduh anak2. Air bekal qila tumpah sampai beg sekolah basah pagi2 buta pun dia kata qila yang buat padahal dia yang tak tutup rapat.

Terus la angin LM naik sampai dada jadi senak. LM sentuh peha dia. Kata kat dia..budak mana kak? Takkan la ank2 dah besar main benda ni pula?jangan la macam ni. Kalau ada apa2 rosak ke patah ke bagi tau saya. Jangan la senyap je. Kalau saya tau boleh repair terus. Atau terus bagi tau bapak. Tak la bapak nak guna terkejut barang rosak.

Bla bla bla la ummi bebel dalam nada paling rendah. Cuba kawal marah sebaik mungkin. Ya Allah mencabarnya menahan marah ni ek? Grrrr

Dah tu alarm berbunyi pagi tadi pukul 5.30 terus LM bangun ketang ketung kat dapur. Sebab dah tengok minggu lepas boleh pulak kita tak keluar bilik dan ank2 pun takda tuisyen so semua tak keluar dari bilik . Lepas subuh semua zzz balik. Boleh dia keluar bilik dekat pukul 8 pagi? Mak aii? Ko bangun pukul 8 pagi? Maid apakah ini?

Majikan tak bangun ko tak bangun eh? Adoii. LM tak bebel pun. Diam je. Kebetulan dah dapat kata2 hikmah dari kakzakie yang sanggup call berjam hari ahad aritu terus LM tak bagi can langsung. Kalau nak buat kuih ke apa ke stok makanan frozen untuk anak LM panggil je dia suruh bantu. Dah la kita dalam pantang, baby nanges sejam sekali nak susu. Memang kena bagi kerja lebih ni! Maid lain masak urus anak dia tak buat pun sebab LM nak masak sendiri dan anak2 takmo dia urus mereka. Syafiq malu kalau orang lain cebuk dia berak ke apa ke..

Kalau tak.. Pukul 2.30 kain dah siap lipat dan gosok pukul 4 lebih dia dah memerap dalam bilik. Giler betul. Boleh je dia duk dalam bilik sampai maghrib. Nanti pukul lapan lebih dia dah memerap dalam bilik sampai pagi. Sabar je la.

Sekarang ni suruh susun sana susun sini barulah nampak yang dia macam banyak kerja. Pukul 6.30 kain tak siap lipat lagi. Ekeke.. Padan muka kau. Majikan baik ko pijak kepala ye?

Haishh bangun sabtu ahad pukul 8 pagi?? Memang la majikan naik hantu kot? Mujur lah daku jadi hantu sopan santu tak mengamuk marah orang. Kalau majikan lain.. Silap2 dia dah pikul beg lari dah kot. Haoshh geram betul.

Bab kerja memang la bagus. Laju dan bersih. Tapi bab memerap awal dalam bilik sampai kita nak suruh itu ini tak boleh tu memang geram sangat

www.tips-fb.com

3 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

memang menyirap jenis buat salah taknak mengaku ni kan LM... haishh

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Haaaa tau xpe. Kalau ank sendiri mau gak kena libas dgn rotan kat tapak kaki dalam sedas dua. Geram giler kot kalau jenis menipu ni

Mummydearie said...Reply To This Comment

Aduhai, macamana maid dengan majikan bangun hampir serentak ni? Kalau saya jadi majikan, saya beritahu siap-siap normal'working hours' dari pukul 6 sampai 9 malam. Sebelum atau selepas tu, bergantung kepada keperluan majikan. Jangan nanti majikan yang kena buat kerja yang maid patut buat!

Maid ni LM kalau bagi muka, memang naik lemaklah. Macam kakak saya dulu. Orang datang rumah, maid dok kat sofa melayan tetamu, kakak saya yang pergi dapur buat sediakan air dan makanan!

Nasiblah dia dapat kakak saya, kalau dapat saya, tak nak kerja, silalah beritahu sebelum saya halau keluar nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...