Monday, April 13, 2015

Beg Sekolah Putus Pulak

Assalamualaikum..

Bertimpa- timpa masalah. Eh masalah ke namanya? Bala la kot namanya. Ye lah.. Dah la perbelanjaan makin meningkat secara mendadak, dengan baby baru lagi.. Kos maid lagi.. Projek macam2 malas nk taip nanti korang muak baca pula..

Pagi tadi beli barang baru kena tak sampai rm80 LM dah migrain. Tengah hari balik dari sekolah si qila pula bawa berita sadis bahawa beg sekolah dia putus. Ingat kan putus tali dia je rupanya koyak pangkal tali tu. Sah la kena beli baru beg dia tu. Tak boleh jahit lagi dah. Dengan botol air penuh sebekas tu habis pecah. mak aii siannya anak ummi. Beg koyak talinya tercabut terus jatuh sampai botol air pecah. Habis bajunya basah bila dia letak beg atas kerusi dalam kelas. Sementara dia ke sekolah agama LM duk memikir manalah nak beli beg sekolah dia? Kat jusco? Sah la beratus2 harganya.

GST lagi? Seronok sangat bayar GST hari ni . Nak tunggu ayah balik pukul berapa pulak? Last2 bila dia balik dari sekolah agama terus je lah LM suruh dia mandi dan bawa ke cosway. Hurmm kena lah lima puluh lebih.. Lepas tu botol air rm17 lebih. Aduh duh duhh

Kalau kat segamat banyak la kedai biasa. Boleh terjah nak beli beg sekolah.. Tu pun mahal gak.. Mana dapat tiga empat puluh ringgit pun.. Sini mana ada kedai biasa.nak ke pekan seri kembangan tu tak kuasa la. Jammed macam apa..

Dengan tawakal je tinggal baby dengan bibik, terus lelaju carik barang. Aduhhh pedih hati tengok resit tulis GST sekian sekian harga. Dah sampai cosway mula lah capai itu capai ini tak ingat dunia. Ops beli barang yang nak guna gak sebenarnya..

Indahnya hari- hari lepas pantang dengan meriah berbelanja dan membayar GST. "Nak elak GST berjimat la". Rasa nak bagi siku je kalau dengar ayat tu. Dah kalau beg koyak tak payah la beli ye?

www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

celah mana nak berjimat lagi tak tahu la..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Salam LM,

Ini dah macam jatuh dari eskalatorlah. Zaman GST ni tak main dah jatuh ditimpa tangga ni...

Kalau ikut kata Pak Menteri suruh berjimat, haruslah bila beg sekolah putus, suruh anak bawa beg plastik bising tu jerk. Jimat banyak beg plastik tu walaupun lepas GST kan. Hahaha...

Hidup memang sengsara bila bershopping sekarang -remuk-redam tengok perkataan GST dan amaunnya. Takpalah...6% ajekkkkkkkk..... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...