Friday, April 10, 2015

Beralih Tempat Tidur

Salam..

Kisah entri sebelum ni nak bercuti tu angan2 ummi je. Perasaan ingin tengok dunia luar setelah terperuk dalam rumah ni. Kalau keluar pun ulang alik ke hospital. Tu je la.. Biasalah.. Namanya pun berpantang kan?

Tau tak... Bila ada baby ni nak gerak ke mana pun semua kena ambik kira. Macam saranan kak zakie, katanya tengok baby okey ke tak. Pada LM takat ke PD dekat je tak jadi masalah dalam perjalanan kalau nak pergi. Cameron pun bukan jauh sangat pun . Tapi... Tau tak apa masalahnya????

Bab beralih tempat tidur tu yang satu beban buat LM. Biasanya baby/anak-anak LM ni tak suka tidur tempat lain aka beralih tempat. Perjalan jauh tak jadi masalah. Apa yang merunsingkan mereka tak mau tidur malam asik menangis saja bila bertukar tempat tidur.

Sebab tu rasa malasnya nak balik kampung. Kalau balik kampung LM kat segamat kena balik kg suami jugak kat negeri sembilan. Kalau segamat sedap la rumah kita.. Rumah sendiri selesa dia lain kan? Rumah LM dekat je dengan rumah bonda. Kami tak sewakan pun rumah tu cuma buat homestay je sewakan jika ada yang nak sewa. Tapi tu lah.. Dengan baby kecik ni payah la sikit.

Kalau gi rumah mertua nanti nak mandi kecoh nak jerang air, kecoh payah nak mandikan kena angkut besen mandi baby semua tu. ummi nak mandi kena jerang secerek besar air. Kalau kebetulan ayah takda dah segan nak minta orang angkatkan cerek berat tu(mana boleh ummi
Angkat benda berat). Belum lagi kisah baby tak mau tido tempat lain, cadar lain, bilik lain dan kisah panas takda aircond bagai kan?

Sebab tu memang bercinta kalau nak balik kampung ke atau makan angin ke bila ada baby kenit ni. Selain faktor keselesaan dalam perjalanan, faktor keselesaan tempat tidur juga main peranan. Kalau hotel pun belum tentu baby lena . Ada juga homestay yang kami sewa agak 'keras' buat baby menangis semalaman. Padahal masa tu adik ad dah 6-7 bulan dah kot.

Nampak tak?? Banyak je alasan kan? Tapi bab takmo tido bukan benda enteng tau. Mau ummi jadik zombi esoknya bila baby takmo tido. Aduh duhh duhh.. Bilik kat depan, tandas nun jauh kat belakang kalau kat rumah ibu mertuaku . Korang rasa orang penakut cam LM ni ngeri tak ? Sebab tu time malam kalau kat rumah mertua memang jarang LM makan sangat, takut cirit birit tak pasal2 kena ke belakang cari tandas yang num jauh di sana tu. sobsssss

Ops.. Belum masuk bab tandas cangkung lagi. Ngeri beb. Ikhlas cakap peknen je terus LM takmo guna tandas cangkung. Ni pula lepas bersalin. Takuttt
www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Baca part tandas cangkung tu dan2 bulu roma tegak naik..rasa darah naik sampai atas kepala..hahahah..

kes anak menangis malam tu sama cam saya..kalau balik rumah mak saya tak pe la dia terjerit2 pun..nanti opahnya dtang pujuk2 bagi main enpon la ..tapi kalau rumah mak mertua saya payah sikit sebab ada adik ipar yang beranak kecik..
sekali mikhail menjerit memang terjaga habis satu rumah..hahahah...malu la kita pun..

Entah bila nak hilang perangai suka mengamuk di tengah malam nih,,ikut sapa entah.

hana hadi said...Reply To This Comment

bek tunggu baby besar baru bleh bawa jalan kot. huhu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hahaha... LM ni 'nade-nade' (baca:ngada-ngada) tau ~_^

Tapi memang betullah, kalau bukan rumah kita sendiri tak kiralah rumah emak ke, rumah emak mertua ke, memang rasa tak selesa. Ada je yang menyebabkan kita rasa tak selesa!

Saya pun masa beranak kecil, memang tak nak ke mana-mana sebelum anak berusia 2 tahun. Pernah sekali kakak ajak tidur berjemaah kat hotel di PD tetiba si Adik Cute melalak tak henti-henti. Duh, siapa yang susah... Mommynya juga. Kalau anak kecil ni, bawa pi shopping mall pun saya malas. Sebab saya spesies tak suka tolak stroller *_*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...