Tuesday, April 28, 2015

Bersuap

Assalamualaikum...

Anak- anak.. Bukan semua perangai dan kerenahnya sama. Ada yang mudah mendengar kata, ada yang liat bangun tidur, ada yang perlu perhatian, ada yang kena banyak kali diingatkan.. Pelbagai perangai.

Bagi yang tipis kesabaran, boleh jadi insan yang kaki bebel (aku la tu) atau panas baran. Boleh juga jadi kaki pukul. Kalau dah kerap sangat naik tangan bila anak buat perangai, anak buat hal sikit je mula nak cubit , sepak.. Ish!

Si kakak kecik dalam rumah ni manja mengalahkan orang yang takda adik. Dia lupa dah punyai dua orang adik agaknya. Merengek je kerjanya.

Nak cepat bagi dia bersiap tanpa sebarang tangis kenalah suapkan makan. Ye lah bas sampai rumah jam 1.30 tengah hari. Nak makan, mandi dan solat memang terkejar-kejar. Kalau marah suruh cepat dia sentap terus jadi melarat- larat rajuk tangisnya. Kita juga yang meroyan marah bila dia buat perangai. Memang terkejar-kejar nak bersiap 30 minit tu..

Bersuap tu bagus juga, banyak makannya. Tapi tu lah. Baby merengek buat ummi gigil-gigil tangan nak cepat siap.

Tak cukup bermanja agaknya si kakak kecik ni. Ye lah..ana dia setahun lebih dia dah makan sendiri. Tak mau bersuap sedangkab adik ad masa umur 5-6 tahun masih makan bersuap lagi. Ummi suap adik ad tapi si qila suap sendiri. Ops.. Nampak tak? Qila adiknya dipanggil kakak kecik tapi abangnya tetap dipanggil adik ad. Syafiq pun dipanggil syafiq. Adik ad jugak ummi panggil adik sampai dah berusia 10 tahun.

Dulu masa di doha selalu si ayah marah ummi sebab suap adik ad. Ye la.. Qila makan sendiri( dia yang takmo disuap). Adik ad suap nasik pun berterabur.. Sikit sangat yang masuk mulut berbanding yang keluar semula. Hihihi.. Elok la tu manja kan anak sangat ye ?

Masa dia sunat aritu tersungkur- sungkur ummi keletihan. Merengek sakit, makan nak bersuap. Nak urus adik2 dia lagi. Hai la anak.. Mujur si kakak sulung tak minta disuap. Errr adik ad ni kalau balik segamat nenda dia masih suap dia nasik tau. Hehehehe


www.tips-fb.com

7 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

haaaa aah since akak dah cite ni kenapa akak still panggil Ad 'adik ad'? saje gatai nak tanya hihihihihi

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

tetiba terasa kepayahan tu bila baca entri ni. Macam boleh rasa terkejar2 nak settle kan hal setiap seorang. memang respect semua ibu yang boleh jaga anak lebih dari satu. macam mak saya

Diana Rashid said...Reply To This Comment

sama macam maisara la..sampai sekarang makan bersuap..bukan tak boleh suap sendiri cuma bila kita yang suap makan nya banyak la..harapkan dia suap sendiri,nasi 1 senduk je tapi makan satu jam..

ejulz said...Reply To This Comment

x dapat bayang kalau ada anak sendiri nanti.. hehe

ejulz said...Reply To This Comment

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..


Entry Terkini ---> "Blog ku SURAM dan BERDEBU.."

Kak Aya said...Reply To This Comment

assalam LM..lamanya tk jengah LM...bkak aya br nk hidupkan kembali blog yg hampir nazak..mcm tu lah kehidupan ibu yng ber anak-anak kecik ni...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Sama gak situasi saya.. naim makan bersuap, adiknya pula nak makan sendiri.. jadi kalau kat luar, ada masa saya perasan ada orang perhatikan saya suap naim dan nazif lak makan sendiri.. haha.. biarla ... kalau x naim ni mmg tak nak makan.. kalau makan sendiri pun sekali sekala je dia nak atau pun makan cuma sikit.. kalau bersuap, boleh je makan banyak drp yg dia makan sendiri tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...