Friday, April 24, 2015

Bila Kehabisan Stok Makanan

Assalamualaikum..

Amboi ayat.. Kemain sadis lagi bunyinya. Sebenarnya, dalam melalui kesibukan tugasan harian memang tak sempat pub nak minta bos besar top up makanan. Bukan makanan wajib la... Maksudnya untuk anak- anak.

Bila terasa badan tak sihat memang malas nak menggoreng mihun ke apa. Jika asik bawa menu berat anak- anak ni jemu juga. Kononnya nak minta bos besar belikan bebola ayam ke.. Tapi sebab malam tadi hujan terus tergendala segala urusan.

Stok makanan kering memang dah kering pun kat rumah ni. Ye lah.. Hari ni kan jumaat. Kami top up barang dapur tiap sabtu atau ahad biasanya. Maka, bila ada roti nak dicelup telur tak boleh sebab telur cuma tinggal sebiji.

Nak goreng sosej cuma ada lima enam batang saja yang tersimpan dalam fridge tu. nak buat apa????

Buntu... Duduk terkebil- kebil atas katil memikir sambil berdoa moga Allah berikan idea. Dah macam zikir pula.. Asik duk ulang " Ya Allah.. Berilah aku idea nak masak apa". Haha pedih perit sesak dada kalau buntu camtu tau.

Tup tup Allah kesian kat hambaNya yang sorang ni terus diberi idea. Teringat ada kentang. So dapat idea nak buat jemput2 kentang je lah. Tunggu si bibik kejutkan. Dia kan tak pernah panggil mem beso dia ni 'PUAN' lagi. Semalam dah ajar suruh panggil PUAN.. Selama dua bulan lebih ni dia langsung tak pernah panggil LM puan atau ibu. Bila dia cerita majikan dulu muda dia panggil nama je terdetik hati gak.. Memang dia takmo panggil ibu atau puan lah tu. nak-nak kes kat pasaraya yang dia ngaku dia tu akak kita lak. Uishh !

Dah pesan jika 5.30 LM tak keluar bilik ketuk je pintu. "Puan...dah lewat ni". Haaa aku bagi ayat lagi .

So tepat 5.30 dia pub ketuk pintu. Puan.. Puan... LM buat diam je terus salin pampers baby Ariz. Kali kedua ketuk baru LM sahut. Haaa reti pun nak panggil PUAN kan? Lepas ni harapnya dia tau (sedar diri)kita ni majikan dia. Grrrr

Terus suruh dia kupas kentang dan sagat. Dapatlah buat juadah sarapan dan bekal anak-anak.

Pagi ni takdalah banyak drama. Cuma si qila je lah nanges sikit kata gigi sakit. Rupanya bengkak belakang geragam tu. tersembul daging. Uishh ngeri tengok.

Ayahnya sapukan gambir sarawak nak bagi kebas. Harap dia bertahan sampai esok. Siannya..esok cuti boleh gi klinik gigi.

www.tips-fb.com

4 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Betulkan, kadang-kadang otak tepu terus tak tahu nak sediakan apa untuk keluarga. Saya yang very rare masuk dapur ni pun tepu sekali-sekala masuk. Hahaha, nampak sangat pemalasnya!

Sebab itulah saya suka tengok rancangan masakan. Lepas tu jot down sini sikit sana sikit. Kononnya nanti boleh alterlah resepi omputih tu ikut tekak kita. Tapi asal masuk dapur je blur. Asal blur je kat dapur. Lama jugalah bertafakur sorang-sorang!

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Ecehh.. Bkn skrg ni awak mmg kerap masak ke? Tepu pun canggih2 menu awak. Saya ni tu je lauk asik diulang tayang

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Saya kalau otak tepu mmg xjadi apa2 jaudah la.. hihi.. sebab pasangannya malas.. tepu LM ni sebab rajin ada hasilnya juga.. anak2 pasti seronok sebaba menu ummi sentiasa lain lain..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ada gak idea kalau kira pun tatau lah nak masak ape nya. last2 nya nanti bekpes nasi berlauk je la jugak ekekekek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...