Tuesday, April 28, 2015

Dua Bulan-Baby Ariz

Assalamualaikum..

Terlalu cepat masa berputar. Syukur.. Baby Ariz Syahim dah masuk dua bulan pun semalam. Yeay!!! Dah 61 hari.

Baby ariz sihat-sihat saja. Untuk dua bulan i belum cucuk pagi sebab KPMC call aritu kata ubat habis. So, alang-alang dah tunda tu kami rancang nak cucuk baby Ariz di segamat je nanti.

Berapa kilo kah agaknya berat baby Ariz. masa sebulan aritu 4.7kg. Harap beratnya naik cantik. Ummi berjuang selagi mampu nak bagi susu yang cukup buat baby Ariz. kerja ummi makan, makan dan makan agar susu baby cukup berkhasiat dan berkualiti. Ummi tak kisah badan bambam berat 61kg sampai tumit sakit tau demi baby.

Ye.. LM memang tak boleh terlebih berat. Tumit akan sakit . Dah sebulan tumit sakit bila berjalan tapi ummi tahan kan saja sebab baby masih kecik masih fully bf . Selagi baby tak ambik solid food ummi tak boleh diet. Semuanya kerana baby. Semuanya demi baby. Doakan LM kuat untuk berjuang hingga ke dua tahun ye. Takmo campur susu fm. Takmo patah semangat walau nipple pedih, cracked, luka.. Tetap bertahan walau pedihnya mak aiii menitis air mata.

Gambar baby?



Ni gambar beberapa hari lepas..

Okey lah.. Nak mula memasak untuk anak yang lain pula.. Kejap lagi kita uli baby sampai jadik kuih pulak. Hehehe
www.tips-fb.com

6 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hahaha... sanggup nak uli baby sampai jadi kuih? Tapi kan baby macam ni kalau main uli-uli, gomol-gomol memanglah sedap. Rasa tak nak lepas barang sehari!

Sekejap je dah 2 bulankan. Tak lama lagi datang baca kat sini, dah tumbuh gigi, dah merangkak etc.

Ummi tak payahlah diet dulu. Nanti-nanti Ummi dietlah sampai melidi yerk :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Ai.. comel je Ariz tidur.. nampak pipinya tu geram nak cubit.. gitulah dilema mak2 kan.. demi anak2 rela apa sahaja.. takpe, Lm jenis kuat semangat masa diet nanti kalau nak kembali berdiet tu rasanya tak ada masalah..

Lea Ismail said...Reply To This Comment

ala...comelnya dia. rindu ngan bau baby

Kakzakie said...Reply To This Comment

Amboi pipi dah melayut. Memang best ni kalau nak menguli ni. Belum kakak dan abang balik sekolah tidur dulu dik nanti mereka balik adik kena uli pulak dgn mereka...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

sekejap je dah bambam tembam dia ni hihihihihi. gomoi memang syok sgt ni hihihihi

Cik Puan Rann said...Reply To This Comment

sedapnye bau baby...baby akk pun dah 2 bulan 2 minggu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...