Monday, April 13, 2015

GST- Terpukul Dengan Kenaikan Harga

Assalamualaikum..

Kalut sungguh pagi ni. Kebetulan bangun subuh tengok ada sms dari guru besar syafiq katanya hari ni sekolah cuti peristiwa sebab ada sukan sabtu lepas. Bila dah tau anak cuti mulalah bersantai-santai.

Ingatkan hari ni bos besar cuti atau mc sebab dengar dia kata sakit badan nak demam. Bila dia leka LM pun bersantai je la. sejak semalam memang dah bagi tau dia bawang putih dah habis, nak beli petang tak sempat, malam pun sama.. Tup-tup dia bangun kelam kabut sarapan katanya ada meeting jam 10 pagi.

Terkebil- kebil la mata LM memikirkan hal si bawang putih. Macam mana nak masak kalau takda bawang putih? Sobsss

Dah la suruh syafiq mandi punyalah liat. Dah mandi berjam pula baru nak siap. Nekad je la tinggal kan dia. Kejap je pun, kalau dia menangis pun tak lama mana kot. Dah pesan kat bibik kalau baby menangis terus dukung. LM memang tak biar baby nanges lama .

Lepas siapkan baju syafiq..

Syafiq:ummi.. Nak belak(berak)
Ummi: cepat sikit.. Ummi tunggu ni. Bla bla bla( bebel lagi)

Memang nak cepat sebab adik ad balik 10.30 nak bersiap makan semua sebelum bas sampai 12 tengah hari. Cuba sabarkan diri menanti syafiq dua tiga minit lagi. Sekejap je.. Bukan lama mana pun( pujuk hati lagi). Tau dah dia memang takmo tinggal dengan bibik.

Sampai je kat kedai terus syafiq pegang bawang. "Ummi ni bawang.." Alahai anak.. Terharu ummi. Tau pun dia ummi kalut mencari bawang sebenarnya. Tapi bawang putih.. Bukan bawang besar nak.. Ehehe.

Mula beli itu ini sikit sana sikit sini. Capai ini sikit itu sikit.. Dan... Syafiq minta buah longan. Mak aiii rm10 sekilo. What?rm10??? Juling kejap bijik mata.

Tapi sebab ayat syafiq"ummi beli lah buah ni.. Sedap tau buah ni". Cair terus hati ni. Mahal pun mahal la. Rasanya sebelum ni harga longan rm6-7 je kot?

Seciput je dah rm8.15... Syafiq makan je dah abis separuh. Sobsss bertabah la hati.

Takat beli bawang putih 4 labu, bawang merah segenggam, drypers, oren sunquick,pencuci pinggan,longan, roti,kelapa parut dan tepung pulut kena bayar rm78. Duk tepuk dahi aku beli apa ek?

Apa yang mahal? Semua mahal.. Malas nak fikir sangat tapi terfikir2 la jugak. Sampai macam tu sekali kenaikan harga barang. Dan.... Kad prabayar abis di semua kedai. Si bibik seminggu tak cukup rm10 top up dia. Padan la muka terkebil2 dia sebab dah dua hari minta top up tapi nak beli kat kedai dah takda. Nasib laaaa

Mahal.. Benci bila beli barang je terkejut beruk tengok harga:(

www.tips-fb.com

5 comments:

Chot said...Reply To This Comment

Mmg terpukul teruk.. cri jalan lg nk jimat.tangmna xtau..

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

Cakap serba tak kena. merungut kata tak bersyukur.. diam kata setuju pulak. Memang la kita masih mampu bayar tapi bebanan tu tetap terasa

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kan?/saya siap pesan dah kat maisara mulai hari ni kalau benda tak penting tapi kakak teringin sangat benda tu sila kumpul duit belanja sekolah...ibu pun kena pulun buat blog rajin2 sebab nak beli benda mengarut hak ibu..hahhahahh

mamawana said...Reply To This Comment

Huhuhu...terasa sangat sangat kan beban itu.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Salahkan drypers, Sunquick dan longanlah, LM ~_^ Itu culpritnya dan leadernya of courselah si 6% GST!

Yang sakit jiwa raga ni, belum kena GST lagi harga dah naik banyak. Semputlah macam ni keluar duitkan...

Nak berjimat, tak tahu part mana lagi yang boleh jimat! Nak bagi anak makan maggi katanya tak elok pulak. Nak suruh ikat perut, kang sakit perut kena pergi klinik pulak... Pening arr kepala. Pak Menteri tak mahu bagi solutions yang lagi baik selain ikat perut dan berjimat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...