Wednesday, April 15, 2015

Hari Ni Cuti

Assalamualaikum..

Rabu..
Sekejap je dah tengah minggu. Tak terasa masa berputar dengan pantas. Tapi.. Si kenit sorang tu mula nak main- main kan ummi.

Pukul 7.30 pagi LM kejut dia dia suruh mandi sebab sesi persekolahan di tadika dia bermula jam 8.00 pagi. Boleh je dia jawab hari ni cuti. Erk???

Teringat perbualan dengan dia tengah hari semalam.

Syafiq: ummi, esok apit cuti tau.
Ummi: kenapa? Esok sekolah la...
Syafiq: cuti.. Sebab apit 'cekut cekuttt cekutt'( buat bunyik sedu)
Ummi: ooo kalau sedu minum je air. Nanti hilang la sedu tu. Tak perlu cuti. Bukan sakit pun.
Syafiq: eh cekut pun cuti la ummi. Nanti cikgu tanya. Mana apit? Kawan2 kata.. Apit tak datang..( merujuk aktiviti pagi bila cikgu ambik kedatangan murid kat sekolah)

Ooo dia berangan nak orang lain kata dia tak datang la pulak. Hai la anak.. awak nak main- main kan ummi ye?

Pujuk- pujuk usap sana usap sini, tiup sana tiup sini. 'Mandrem' hembus2.. Baru dia nak celik mata .(mandrem= baca ayat pelembut hati ye.. Karang ada pulak kata LM ni kaki mandrem la pulak)

Macam- macam hal. Dari 5.30 pagi layan kerenah anak2 sampai lah jam 8.00 pagi bila syafiq dah pergi sekolah baru lega. Ops.. Si abang gi sekolah 9.30 pagi sebab hari ni ada koko. Lega bila semua dah pergi. Lega bila dapat sediakan sarapan dan bekal untuk mereka macam biasa.

Menu bekal mereka simple je.. Roti john. Menggigil2 tangan bibik bila ummi zap zappp zappp buat kerja lelaju dan bila disuruh letak mayo dan sos.tabur salad yang ummi dah hiris halus terketar2 tangan dia. Ekeke.

Bangun jam 5.30 tu bibik dah ready tapi sebab ummi nak buat sama- sama dia kenalah tunggu dulu. Anak dara berdua tu kena kejut berulang kali juga. Memang liat nak bangun sebab pukul 10 lebih baru balik dari tuisyen semalam. Busy siapkan homework bagai entah jam berapa baru lelap lepas mereka berborak sebelum tidur.

Hari ni ummi busy la sikit sebab kena ambik qila balik sekolah agama. Biasa dia balik sendiri dengan kakak. Hari ni kakak ada koko dia sorang je yang sekolah agama.

Busy? Takpe... Ummi puas hati dapat habiskan masa dengan anak2. Bibik pun dah boleh diharap jaga baby bila ummi ke kedai dan ambik anak2 dari sekolah. Syukur..

Sejak dua minggu lepas ummi warning cukup2 pasal tingkah laki bibik terus bibik tak berani main- mainkan ummi kot. Bila diamkan..boleh je dia duk usung handphone ke sana sini time kerja. Lagi dia biar lagi menjadi. Sambil iron baju sambil borak. Tangan tak gerak mana pun kan kalau duk kepit handphone. Sambil lipat baju duk berborak dengan handphone. Lama kot ummi biarkan.. Last- last bila dia bergayut dengan handphone dalam kereta depan2 encik Z memang LM naik angin la.

Nampak sangat tak hormat majikan. Terus je ngadu kat encik z bla bla bla itu ini dan minta tukar dengan agen. Terus cakap kat dia elok2( sampai terbelit urat perut tahab marah) pasal takmo dia main handphone masa kerja. Handphone hanya lepas habis kerja time malam.

Panjang kot bebelan LM kat dia. Haaa terus tak berani angkat muka. Garang tak ummi?? Aumm!! Ummi memang garang. Lepas tu ummi borak gelak2 cam takda apa pun dengan bibik. Keras sangat pun tak boleh, lembut sangat nanti pijak kepala. Apa pun dia tau yang ummi paling marah bab solat.

Dulu dia ngelat2 gak bab solat. Sekarang ni bila dah suruh dia masukkan bekalan anak dalam beg terus suruh dia solat subuh

"Akak solat dulu lah , nanti baru kemas"
Arahan terus ummi bagi. Sibuk dia nak cuci cawan anak sarapan leka2 tak solat subuh lagi.


Bila dia ikut apa ummi cakap ummi tak la naik darah kot.. Bab kerja memang bagus. Tapi sakit mata lah pulak sibuk dengan handphone padahal dah tua pun. Mengalahkan anak dara pula. Ada ikan masin, ada kuih2.. Ada roti kelapa dia senyum lebar la bibik tu. bukan susah nak bagi dia hepi. Ummi pun bukan cerewet sangat, selagi bibik hormat majikan ummi tak la angin. Ini bergayut dalam kereta? naik darah aku tau!!!

www.tips-fb.com

4 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Cer tanya kat dia ada facebook, instagram, twitter ke tidak. Kalau adalah, boleh majikan join sekali~_^ Sure takut kena add nanti.

Baguslah tegur awal-awal. Katanya kerja dah bagus, kena lagi bagus. Kalau leka, nanti berlemak, bertocang sampai tak kenal mana bibik, mana majikan!

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Saya cukup pantang kalau nampak orang yang asyik sangt dengan enpon nih..bukan jeles ke apa,tapi bahaya...buat kerja nak tumpu yang mana satu..??kalau terleka boleh bahaya kan orang lain..lagi2 kerja uruskan rumah ni mana boleh dok melekat kat enpon je..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Malas melayan kes gini lah dan serik dgn perangai dia yang saya rela rumah selerak dan anak2 htr ke taska je..

Harapnya pembantu LM ni dapat dibentuk akhlak dan gaya kerjanya..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

=.= macam nakkkkk aje tanya majikan lama dia perangai dia masa dlu tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...