Thursday, April 9, 2015

Hembus-Hembus?-Mandrem Ke?

Assalamualaikum..

Hai hai hai.. Salam khamis. Weeee dah khamis. Tak sabar nak abiskan sehari dua lagi hari berpantang. Lepas tu kita enjoy! Gurlppp enjoy apa bendanya.. Merdaka laaaa

Ops.. LM nak hembus siapa. Bab hembus ni LM pakar la jugak. Ngeeee😉. Takut tak?

Sebenarnya masa mula- mula maid masuk kerja memang ada lah juga dia masakkan nasi. Tapi bila fikir balik LM ni payah nak percaya kat orang dan ada beberapa perkara dan kejadian yang mencurigakan maka LM tak bagi dia masak nasi. Bukan LM tegah atau larang dia tapi LM laju- laju masak nasi sebelum dia masak.

Sambil basuh beras tu macam biasa bila zikir dan doa untuk anak2 tu LM niatkan sekali untuk dia. Hembus terus.. Fuhhhh!

Perghhh main hembus-hembus pulak LM ni ye? Bukan hembus mandrem la.. Hembus zikir dan doa- doa je macam biasa untuk anak tersayang kita selit la sekali nama dia. Biar dia lembut hati.. Elok tak melawan, tak niat jahat kat kita.. Tu je. Lagi satu masa basuh beras tu cuci ikut lawan jam je kawan2.

Putar mixer pun buat lawan jam, tumis masakan pun sama juga. Sunah tu..

Ops tapi cerita utamanya kat sini tuan tanah blog ni payah nak percaya kat orang nak-nak bab mandrem ke apa ke,memang rasa macam. Arghhhh. Ye.. Kita takut kat Allah saja, tapi kalau boleh kita elakkan dari termakan benda 'kotor'.

Kita hembus2 zikir2.. Tu utk anak pandai, lembut hati.. Dengar kata. Orang lain hembus2 lain dah tujuannya kan?

www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betul kita berlindung dari syaitan yg direjam. Kalau kita takut dgn dia yg syirik, dia kan berkuasa. So bila kita berlindung dgn Allah kita tahu tak ada kuasa lain yg lebih berkuasa selain DIA juga. Moga semuanya selamaat. Teruskan buat hembus-hembus tu... kakak setuju:)

Saniah Ahmad said...Reply To This Comment

salam,
singgah sebentar LM
anie pernah gak belajar lawan arah jam untuk mengpositifkan minda,, tapi lama tak praktikkan keseluruhannya,, selalu basuh beras baca,, selawat dan doa basuh beras yang di ajar oleh orang tua,,, :-),,

selamat merdeka LM hihihi,,

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

sekarang elok jugak kita ada sedikit wasangka supaya kita lebih berhati2. kalau saya pun tak confident jugak hehehehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau lawan arah jam tu, orang kidal macam saya senanglah kot nak praktik :)

Sebab itulah LM saya ni takda maid. Saya ni tak percayakan orang. Kalau saya ada maid pun tak tahu apa motifnya. Kemas rumah dah tentu saya nak buat. Lipat baju dah tentu orang tak boleh buat. Masak lagilah jangan harap saya suruh dia buat. Daripada BP saya naik dok kata itu ini jangan, lebih baik saya jerk jadi bibik separuh masa lepas kerja kat rumah tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...