Friday, April 3, 2015

Karipap Soon?


Assalamualaikum...

Dah lama teringin nak buat karipap buat anak- anak. Karipap... Perlu duduk lama mencanai dan mengelim. Phewww mau pitam ooo kalau perut sarat hamil nak duduk lama- lama sebelum baby Ariz lahir.

Akhirnya... Ini kisah petang tadi.:)



Hasil kerjasama ummi dan bibik, siap juga dua pinggan karipap. Kebetulan stok kentang habis, yang ada cuma tiga biji kecil saja. Aduhhh terasa hampa la juga hati ni. Tapi bila memikirkan yang nak makan tu anak sendiri maka LM taram saja lah.

LM campur kentang tadi dengan 1/2 batang carrot yang bersaiz besar, sebiji keledek saiz kecil lebih masak zaman bila pun tak tau.. Hampir dua bulan dah kot keledek tu sebelum bersalin dulu beli tapi tak juga rosak atau bercambah. LM tambah daun sup, soon dan sikit dada ayam.

Untuk kulitnya macam biasa LM guna tepung yang dicampur sikit garam bersama butter yang dicairkan sikit bersama minyak masak.

Mula- mula tu stress juga buat karipap ni tadi. Bibik asik canai nipis sangat sampai ada juga karipap yang bocor. Nak kejar masa takut baby menangis sampai ketar2 tangan ummi.

Mujur bibik cepat belajar..Becok juga mulut dia tanya kenapa tak pakai acuan karipap. Haiya tak rock la kot pakai acuan. Ekeke... LM jawab kalau pakai acuan nanti besar sangat. Takut anak tak habis makan. Padahal memang tak pernah guna pun acuan tu. kalau buat dengan maisarah je dia pakai acuan tu.

Alhamdulillah hasilnya sedap . Bangga jap
Dengan diri sendiri sebab berjaya buat dalam keadaan masih dalam pantang dan baby Ariz sejam sekali asik nak susu. Sobsss bangga? Eh biar la kita nak bangga dgn diri kita. Tak suruh orang puji pun. Kita bangga sebab penapaian kita pada hari ni dikira bagus sebab apa yang kita target berjaya dilakukan.

Letak macam-macam dah tu nak panggil karipap apa? "Karipap soon la ni" kata aqila. Okey.. Namanya karipap soon. Ekeke

Ingatkan inti tu berminggu dalam peti ais baru dapat buat. Tq baby Ariz bagi ummi siapkan karipap untuk ayah abang dan kakak ye sayang..

www.tips-fb.com

3 comments:

Cik Aish said...Reply To This Comment

byk entry pasal mknn ek hehehe

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Puas makan bila buat sendiri, kan? :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Haruslah bangga. Kalau saya dalam pantang, memang semua kerja saya tak mahu buat. Maklumlah, berpantang namanya. Hahaha...

Ni saya nak cerita. Kalau saya buat karipap (buat kali pertama...oppps pecah rahsia dah) menggunakan acuan, haruslah masuk blog, berpart-part lagi. Maklumlah tak pernah buat tetiba buat, haruslah kembang kuncup hati ni nak show off kat orang tau. Keh3x.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...