Thursday, April 9, 2015

Kawan Baik

Assalamualaikum...

Entah apa- apa je tajuk entri LM ni kan? Bilis la, mandrem la.. Kawan baik la..

Terdetik pula di minda, bagi insan yang tak berkerjaya macam LM ni ada kawan baik tak? Kalau ada masalah nak kongsi masalah dan pinjam telinga siapa . Ada ke insan yang sudi dengar masalah, suka duka kita dan insan tu benar- benar dipercayai?

Bagi wanita yang berkerjaya tu rasanya memang la tak susah nak dapat sahabat. Betul tak? Tapi bagi insan macam LM ni ada tak yang tak punya sahabat? Tau tak... Wanita yang sepenuh masa jadi suri rumah ni masa kami 24 jam dengan rumah. Kalau bernasib baik, ada peluang pergi facial, saloon rambut atau berurut la masa yang berkualiti untuk memanjakan diri sendiri. Masa untuk beri ruang diri sendiri merehatkan minda.. Setuju?

Berbalik kepada kisah sahabat... Jika LM, sejujurnya memang tiada sahabat tempat LM pinjam telinga nak mengadu sedih ke, share kisah suka ke..

Kawan baik tu memang ada tapi bukan kawan yang sesuai untuk cerita cerita duka dan kesedihan. Kadang kala masalah kita terlalu dalam dan boleh mengaibkan sesetengah pihak jika kita share dengan orang lain. Tapi.. Bila renung balik, baru LM perasan SAHABAT LM adalah bonda LM sendiri.

Syukur ada bonda. Bonda pendengar yang baik. Bonda banyak nasihatkan dan minta sabar dan sabar jika ada sesuatu perkara sedih berlaku.

Siapa sahabat baik anda? Dulu LM pernah fikir takmo share dengan bonda sebab takut ia membebankan bonda. Tapi sebenarnya share kesedihan dengan bonda dan diiringi doa dan nasihat bonda tu amatlah meringankan beban, malah dapat mempercepatkan selesai masalah atau terurai kesedihan itu hanya dengan ajaibnya doa seorang ibu. Wallahua'lam...

Ye.. LM tau korang akan jawab selain ibu, sahabat korang suami korang kan? Ikut la siapa pun sahabat .. Asalkan ianya insan yang amat sayang kita. Hargai kita, dan anggap kita insan yang penting dalam hidup mereka..

www.tips-fb.com

2 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Tapi pada kakaklah LM memang keluarga terdekat kita itulah sahabat terbaik. Apa lagi kalau ada mak memanglah itu yg terbaik. Nak ketawa/menangis semuanya boleh. Cerita details pun tak ada masalah. Mak pasti akan menjaga semua apa yg kita luahkan dan memberi timbang-tara yg terbaik. Dah kata mak. Kita ni dah jadi mak-mak pun faham kan. Mahu yg baik semua buat anak..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya ada sahabat ke? Kawan ramailah. Kawan baik pun ada; dua jerk. Kalau dari golongan keluarga, memang terdekat suami dan kakak. Emak saya dah kena alzheimer, makanya memang tak sesuai bercerita masalah dengannya. Boleh dengar tapi beliau tak faham apa pun lepas tu.

Duduk di rumah 24 jam ni saya rasa lebih berat tanggungjawab daripada pergi bekerja di pejabat. Kawan-kawan di pejabat pun bukan semua boleh tadah telinga mendengar cerita kita. Silap pilih, mahulah kena tikam belakang pulak. Habis kisah kita dijajanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...