Thursday, April 16, 2015

Kerang- Tak Tau Nak Kopek Kerang?

Assalamualaikum...

Sedapnya kerang rebus. Eh sedap ke? Ops LM hanya makan kerang setahun sekali dia je. Itu pun kerang rebus yang dicicah kicap cili. Tapi kalau area selangor dan kawasan lain memang payah nak jumpa sambal kicap. Diberinya kita sos cili. Euwww kembang tekak makan sos cili yang manis dengan kerang yang hanyir2 tu. kalau dapat kuah asam ke.. Syok la jugak

Berbalik kepada kisah kerang.. LM memang tak minat la kerang sambal ke atau direndang ke..bukan kerang je, lala, kupang(lagi tak boleh telan), tiram.. Adik beradik diorang lah memang LM tak heran. Kerang pun layan sebab ada sambal kicap. Duk meratah boleh la...

Disebabkan mengandung yang terakhir aritu BP cantek punya bacaan maka i tak la sakan balun kerang. Ada beli sekali je sebab ngidam. Beli dua kilo rasaanya sekilo lebih i santap sensorang kot. Sampai nak bersalin BP still lagi 11 lebih. So takda lah makan kerang berkilo2, hati berkati2, bayam berbakul2.. Ekeke. Cuma makan vco,vit c dan salindah je pun. Takda ambik benda lain kecuali time rajin baru telan obimin. Ngeeee( bocor rahsia tak ngap obimin kan?)

Aritu( ahad kot) encik z beli kerang. So LM rebus je lah letak daun kunyit bagai. Bila suruh bibik ambik daun serai untuk cuci kerang dia kata emak dia biasanya pakai berus . Diberusnya satu2. Rajin betul mak kami katanya. LM kata oo ye ke, kalau di kampung dulu kami pakai pelepah pisang saja bersihkan kerang, di sini tiada pokok pisang guna saja daun serai. Tak selera saya nak makan hitam macam ni kalau tak bersental kerangnya. Tambah LM lagi.

Masa makan tengah hari tu LM tak tau apa yang jadik. Tup tup bila dah petang dia tanya.. "Gimana mau kopek kerangnya? Terkial2 siti. Lama2 siti makan sama kuahnya saja."

Uik? Terkejut la LM. Kata mak dia cuci kerang satu2. Camne dia tak reti kopek kerang?????

Diajar kopek kerang.. Dia cuma angguk2. Bila makan malam dia terkial2 lagi. Dapat lah sebutir dua kot. Last2 dia makan tempe dan lauk lain. Takkan aku kot nak tolong kopekkan kerang utk maid? Dengan baby lagi. Haishh tak cukup masa la pulak nak layan . Huhuhu

Keliru jap.. Katanya mak dia cuci kerang tup2 dia tak reti nak kopek kerang. Katanya tak pernah makan. Haishh pelik. Ditambah pula dia kata dulu jaga orang tua( bekas artis katanya, kena strok) orang tua tu minta masak kerang dia yang kupaskan kerang tu. macam budak kecik je nenek tu katanya.. Malas siti nak layan. Lama2 siti marah tak bagi dia beli kerang lagi. Katanya... Tapi bila dia tak tau. Hati ni tertanya2. Mana satu yang betul????

P/s: kalau ada maid cuba dengar cerita dorang. Ramai yang suka cakap belit2. Menipu je kerja nya
www.tips-fb.com

4 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Saya pernah ada maid sekejap masa naim kecil mmg xleh pakai.. jenis tak cakap btl.. dh la dia sorg kat rumah jaga baby saya(naim 6 bulan) masa tu, dia boleh bawa naim jalan2 sampai ke mana2 tapi katanya sekitar rumah je.. jiran yg kenal kata selalu sgt nampak dia bawa naim keluar.. paling tkejut dia bawa saudara mara dia datang, bgtahu bila dah pagi kejadian.. takkan nk kata xleh kalau orang dah on the way.. mmg banyak lg la kalau nak ingat..dh lupa peristiwa lama..

ejulz said...Reply To This Comment

perlu pergi kursus dulu maid ni.. hehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Konpiuslah Kak Siti oi... ^_^

Biasalah mereka ni suka cakap berbelit-belit. Kalau bijak takpa, ini terbelit ayat sendiri. Pelik juga ni, mak rajin berus kerang, rajin masak kerang untuk bekas employer katanya tapi tak reti nak makan kerang. Meh, sini ah kak Diba tolong ajar kopek kerang. Akak Diba ni tak pernah masak kerang sendiri tapi bab kopek kerang, dia expert sebabnya kerang tu peminat dia..Eh, bukan, dia yang minat kerang~_^

Kira Sakura said...Reply To This Comment

aik??????? akak macam pelik sangat dah maid akak ni makin hari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...