Wednesday, April 8, 2015

Kisah Ikan Bilis.

Assalamualaikum..

Apa hal LM ni nak cerita ikan bilis pulak ni? Takmo baca korang x je la ye.

Nak luahkan perasaan terpendam dan bebelan manja sikit. Dah tu.. Nak bebel kat mana lagi kan?

Dari semalam dah plan nak buat nasi lemak untuk sarapan dan bekal anak-anak. Walau cuma menu ringkaa nasi lemak telur tapi rumit la juga sebab perlu menanak nasi di dinihari(sebelum subuh pun..). Maka dari malam LM dah buat sambal bilis dan juga rebus telur. Suruh maid belahkan ikan bilis halus tu untuk goreng pagi ni.

Dalam semangkuk kecil je pun minta belah ikan bilis tapi berkali- kali dia duk kata ikan bilis tu kecik dia tak nampak. Lepas tu sibuk duk ngomel kata lambat sebab ikan bilis tu halus sangat, kalau besar cepat sikit.

Angin la jugak sebab dah cakap kalau ikan bilis kasar tu tak sedap makan dengan nasi lemak. Dulu masa dia takda sarat mengandung pun memang LM guna gak ikan bilis kecik tu.

Tup-tup masa sarapan pagi tadi hampir semua ikan bilis dalam pinggan adik ad tu ditolak ke tepi. Merungut la si bujang tu katanya ikan bilis tu ada taik. Bila belek... Memang dia pancung kepala je taik tinggal. Padahal depan mata LM masa duk layan syafiq makan dia elok je belah. Grrrr

Entah apa-apa perangai dia tau. Lepas ni kau hadap la seplastik lagi ikan bilis tu. Masa takda maid pun kita beli benda tu juga. Dah tu apasal tak boleh guna bilis jenis tu pulak kalau dia ada. Pemalas beno nak kopek bilis tu ke apa?

Bangun 5.30 tadi terus ke dapur nak tanak nasi lemak. Mujur dia tak goreng lagi. Kemain besar api dapur dia bukak. Siapa ntah ajar dia goreng bilis api besar? Harap hitam tapi tak garing nak buat apa? Last-last geram punya pasal LM bagi api paling slow kat dia. Dia dah la tak reti buat kerja sambil-sambil. Memang mengadap je kuali tu. haishhh. Ko hadap la depan kuali tu. tak kuasa nak bebel ke apa. Huhuhu

P/s:maid mula naik tocang bila majikan diam. Semalam dah kena warning takmo on hp time siang padan ngan muka dia . Geram tau tak!
www.tips-fb.com

5 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

kemian melawan jugak ekk maid kak LM.. Susah jugak maid yang kita baik dia pulak jadi bos. Kang marah lelebih lari x pun buat khianat.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

memang pun..jangan di bagi muka...kita bukan nak garang2 pun tapi kalau kerja tak betul kena la tegur..jangan takut sebab LM dok kat rumah..kalau LM kerja tu risau la jugak nak tinggal rumah kat dia...

Anna Qawina said...Reply To This Comment

wahh kemain maid..huhu..
boleh pulak buat kerja lebih kurang depan mastermummy ye..ehhe
hembus2 doa sket kat dia..hee

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

macam2 jugak cabaran bermaid ni kan.. saya baca jadi stress.. hehehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

LM, saya ni tertinggal train dah banyak kot. Kalau LM tak suka, kenapa masih hire maid tu? Tak boleh cari lain ke?

Susahlah kalau maid banyak celoteh (macam saya). Memang majikan pitam memanjang. Dah namanya pembantu rumah, kenalah kerja sikit. Kalau itu tak boleh, ini tak boleh, lebih baik jadi bos jerk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...