Wednesday, April 29, 2015

Lemak Tepu-Bagaimana Nak Bagi Cair?

Assalamualaikum

Salam rabu buat semua.
Orang lain up entri wordless pagi rabu LM sibuk nak berceloteh ye?

62 hari umur baby Ariz arini. Bermakna dah 62 hari juga LM bersalin. Dan.. Bagi orang yang berpantang 60 hari bermakna dah abis pantang pun. TAPI... Perutku masih belum leper/flat/tegang.. Haaa nak bagi perkataan apa pun tak tau.

Ye .. Jika tengok dari luar memang la kempis. Tapi bila duduk memang ada lipatan 'comel' diperut tu. Perut berlipat-lipat buat ummi jadik stress tau bila duduk ternampak perut tu. arghhh!!!

Pernah sekali tu sebut pasal malu. LM lupalah ayat apa LM beri. Tup-tup encik Z tanya.."malu sebab perut macam perut keling ke?"

Mak aiii i tak tau nak sentap ke nak gelak guling-guling masa tu. hahahahaha.. Ayat perut keling tu sangat lawak la kot.

Perut KE***G tu merujuk kepada aci yang pakai sari belit-belit nampak perut yg muncit. Sampai tak imiginasi tu kat kepala korang?

Err memang sentap pun sebenarnya bab perut ni. Tapi tau je.. Korang mesti akan cakap.. Sabar.. Nanti slim la semula. Ala..biasa la tu baru lepas bersalin. Bla bla bla.

Apa pun alasannya malu tetap malu. Memang tutup elok-elok takmo bagi orang nampak lipatan cun tu . Tutup dengan kain lampin lagi.ehehe...

Macam mana nak bagi perut rata? Kalau bab senam sejujurnya satu senaman pun LM tak buat lagi. Takut juga badan belum sedia untuk digegar atau paksa . Kalau lompat2.. Kot la turun peranakan? Kalau push up kot la ada masalah nanti camne? Doktor mesti lah jawab.. Boleh.. Takda masalah . Tu je lah jwbnya kalau kita tanya kan? Ye tak?

Sendiri punya badan sendiri rasa, sendiri fikir mana yang terbaik. Lemak tepu ni entah boleh cair ke tak. Boleh ke? Ada tips?

Kot la ada tips korang share lah ye. Bak diet memang tak boleh sebab baby Ariz fully bf. nak melompat zumba bagai tu belum lagi kot sebab LM nak tunggu 100 hari baru berani nak lompat- lompat atau berlari ke.. Kalau ada petua sapu apa2 ke boleh la usulkan. Manalah tau ianya berkesan.

Petua tepek kapur sirih campur limau nipis atau asam jawa LM tak buat pun. Dulu zaman dalam pantang si kakak sulung je buat. Mak aiii gatal weiii.. Tak tahan. Asik bergaru je perut.

www.tips-fb.com

1 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Baru 62 hari memanglah macam tu. Kenalah tunggu sikit. Apa lagi dah berapa baby duduk dlm tu? Kakak pasti kalau nak drastik memang tak bolehlah. Tunggu sikit masa lagi mesti balik asal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...