Thursday, April 23, 2015

Lewat Bangun

Salam...

Kepala rasa nyut nyut rasa nak tido je sebelah baby sampai pukul 12 tenah hari. Boleh gitu?

Alkisah pagi tadi lewat bangun. Biasany 5 pagi dah sedar . Memang baby menyusu time tu dan 5.30 terus bangun menyiapkan bekalan anak- anak dan bangunkan mereka dari tidur.

Disebabkan jam 2 pagi baby Syahim bangun menyusu, bangun lagi jam 4 pagi.. Mata ummi dah terkebil2 segar. Tup tup rupanya handphone abis bateri memang la tak sedar. Mak aii sedar pukul 5.45 terasa nak gugur jantung.

Dengan selamber orang gaji yang dah bangun tu cakap dah kejutkan ank2. Bila intai.. Tengok si kakak dan adik tergolek lagi atas katil.

Orang gaji: siti dh kejut anak2.
Tapi golek lagi mereka

Saya: tu tak kejut lagi lah tu maksudnya kak!

Terus kejutkan mereka. Dengan si adik yang merengek meragam pula entah apa kes takmo gi sekolah( dah la baju kurung dia kena gunting dengan budak lelaki kat sekolah semalam. Koyak bahagian depan)

Macam syaiton nakalnya anak siapa ntah! Kalau berlobang perut anak aku mmg siap la mak dgn bapak kau sekali aku seret!

Bila dah kalut cuma mampu suruh si orang gaji goreng bebola ketam tu pun ada sikit, top up dengan sosej lagi sikit(LM yang goreng). Dia ni goreng sosej pun tak reti. Orang dah kata api perlahan minyak sikit dia goreng dengan api kuat minyak banyak sampai berkedut seribu sosej tu.

Dah kalut malas nak bising. Baik buat sendirik. Ulang alik duk pujuk qila biar mood dia okey. Hurmmm

Alhamdulillah ngam2 je anak siap bas pun sampai. Tu pun dua tiga kali pesan suruh masukkan bekal anak dlm beg baru dia buat. Ayat last.."bibik.. Masukkan bekal anak2, nanti lupa tertinggal nanti!"

Tu je ayat terakhir. Haaa terus panggil bibik. Biasa panggil akak kan? Grrrr

Malas nak bising. Letih nak cakap banyak. Dah la dia tau kita tak bangun lagi dia tak ketuk pintu bilik.

Tadi dah cakap kat dia. Kalau LM tak bangun ketuk pintu" puan, dah lewat ni". Haaa aku siap ajar ayat lagi.

Ko kan takmo panggil aku ibu sebab ko kata orang yg muda dari ko memang ko takmo panggil ibu kan? Laki aku baya ank ko boleh lak ko panggil bapak! Bongoksss gak dia ni. So.. Panggil aku PUAN je. Boleh gitu? Ekeke

Orang yang tak kerja macam LM ni kalau stress ngan orang gaji nak ngadu ngan sape? Kalau korang yang keje boleh gak cerita kat kawan opis, kalau korang budak belajar atau budak sekolah cerita kat kawan?

Nak cerita kat laki? Dia pun bosan nak dengar benda sama. Silap2 kita yang dimarah balik asik ulang benda sama je. Bosan kan dengar benda sama. Tapi kesalahan yang sama asik diulang. So camne?

Cakap banyak salah.. So diam2 sudah. Lama2 aku jadik giler hadap perangai orang gaji.

ALASAN dia tak kejut?

" kak siti segan nak kejut.. Ye lah ni dah pesan kak siti kejut lah lain kali. Siti tu memang penyegan orangnya"

Okey.. Tu ayat dia. Alasan terbaik dari ladang.

Dia memang baik2 bodek LM kemain lagi sehari dua ni sebab ye lah dah hujung minggu kan? Sibuk nak intai OPPO.. Tanya berapa harga. Sibuk tanya gelang silver , rantai silver bagai. Lantak pi la ko. Memang aku tak bawak ko lah kot sabtu ahad ni. Kalau bos kesian kat aku , aku nak terjah nilai cari kain untuk baju raya. Kalau ko nak bergaya dengan handbag ko takmo jinjing barang macam aritu selamat tinggal lah ko kak siti.. Eh bibik siti. Pembantu rumah duduknya dirumah kan? Kan?

Esok ada OPPO ko busy nak berfb, nak bertweet atau.. Nak update blog pulak kan? Wahaha..

Lagi pun handphone aku pun murah dan lebih hina dari handphone budak sekolah tadika. Kalau tinggal kat mana2 sah la takda orang curik. So orang gaji tak patut kot pakai handphone mahal dari aku. Ye lah.. Esok gaji abis dia hutang top up lak ngan kita. Dah kena dah bulan lepas hutang top up. Pastu bos besar dia kan baik. Sah la takmo ambik balik duit yg dia hutang tu. Bosan la nak bagi muka kat orang gaji tua yang rasa diri tu macam muda. Bosan okey!

www.tips-fb.com

11 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Nasib baiklah ada blog. Boleh jugalah release tension kat blog. Tapi kena sabar dik takut tension lama-lama darah tinggi jadinya. Cakap biar lembut tapi kena tegas. Nanti asyik masam dah cepat kerepot pulak hihi...

Lama-lama nanti akan biasalah tu dah nama pun bibik sekolahnya manalah tinggi mana dik. Ulang-ulang nasihat tu perkara biasalah..

Sue Izza said...Reply To This Comment

alahaiiiii macam2 hal ...sabo ye meh cite sini ,kita baca je hehehhe

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

melampau dah orang gaji kak lydia ni. Orang suruh panggil ibu pun tak nak. Dok budget muda bagai.. muda ke tua, sebagai pekerja respect la majikan. Kita pun kerja dulu takde nak panggil bos, abang, adik ,kakak.. mesti ada panggilan yang respect jawatan mereka pegang tu. Ni orang gaji je kot.. yang rasa mengada sangat dah kenapa. Tak pandai buat kerja boleh ajar tapi kalau bebal sangat kalau saya jadi majikan pun rasa nak ketuk dengan sudip. Urut dada dok baca kisah maid akak ni tau. Gugat kesabaran sungguh

Mar Mansor said...Reply To This Comment

macam-macam perangai orang ni kan..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Yang mendengar ceritanya pun jadi susah hati sama, LM. Susah juga kalau macam ni. Dapat pulak bos paling besar yang baik hati. Yalah kita ni niatnya nak berbaik sesama manusia, tak mahu gaduh-gaduh tapi adakalanya ada spesies manusia yang tak faham bahasa. Bagi betis nak paha terus!

Orang lelaki LM memang macam tu. Perkara yang mereka rasa remeh, memanglah jangan diulangcerita berpuluh kali. Memang kitalah yang kena. Silap haribulan kita yang sakit hati nanti dikatanya kita tak bijak menguruskan rumah dan keluarga.

Kalau dah begitu keadaannya, tak payahlah bawa keluar hujung minggu ni. Tapi sebab dia malas nak masak untuk sendiri makan, kita tapaukanlah makanan untuknya sebab kitakan manusia yang bertimbang-rasa.

Duit topup tu kalau kerap berlaku, tolak gaji je. Jangan suruh big bos bagi pada maid. Serahkan tugas tu kat LM. Pandailah kita nak buat matematik nanti.

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Ye kak.. Saya ikut nasihat akak. Tegas tp lembut. Senyum dan bernada lembut. Berkali2 ckp smpi hati jd bosan. Huwaaa

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Ngeeee nnt org xmo singgah sini dah. Asik cerita psl yg sama jek

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Baru akk tau nape ada maid kena dera. Sgt menguji kesabaran

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Tu lah psl. Aduhhh sabar je lah

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Pasni sy sendirik yg tolak. Malas nk bagi muka. Geram sgt.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

huuuuuu pening haaaa. takpe kak. cerita aje kt sini. jangan simpan takut nanti jadi nanah nguuuu

akak pegi mana tak bawak dia pun kena hati2 tau. yela kita ni mana nak tau hati orang. kot dia simpan dendam dekat akak ke nanti dia buat benda tak elok tak pasal pulak kan. mintak dijauhkan lah. kalau ada cc tv lg bgus huuu. tak pun beli je fake cctv tu biar dia ada rasa takut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...