Thursday, April 30, 2015

Nak Berteman.

Assalamualaikum..

Baby Ariz baik betul hari ni. Err sebelum ni tak baik ke? Baik jugak... Tapi hari ni lagi baik. Ehehe.. Sesekali nak puji baby ariz apa salahnya kan?

Biasanya lepas ayahnya gi kerja memang LM mandikan baby Ariz. Perangai baby ariz ni, bila dah dimandikan dia jadi segar dan takmo tidur dah lepas tu. ummi dia yang kalut nak masak sebelum abang dia ke sekolah kebangsaan mula basak ketiak berkejar ke depan ulang alik ke dapur semula bila dia asik merengek minta diteman ajak main borak- borak senyum- senyum.

Bukan lama mana pun nak masak. Kadang tu tak sampai sejum pun. Bawang dan lauk mentah bibik dan bantu sediakan. Tinggal ummi tumis dan masak je pun. Tapi.. Bila manja dia menjadi- jadi memang ikan yang digoreng tak sempat dipaling lagi dia dah berbunyi. Aduh duh duh anak...

Tetiba hari ni lepas mandi elok aje dia terlena atas katil sampai berjam-jam. Dah la ummi cuma perlu panaskan lauk rendang semalam dan goreng ikan saja. Petola pun cuma dimasak tumis air pecah telur sebiji je tadi. Bibik minta ummi letak soon, ummi letak la sikit(soon dah habis).

Bila cuma goreng ikan dan masak sayur.. Banyak masa terluang baby tidur berjam- jam buat ummi boring. Mulalah mendail dan bergayut dengan kesayangan hati yang di segamat tu. sampai dia halau ummi suruh buat kerja. Haha.. Biasanya kalut-kalut layan dia berborak sebab nak masak dan layan baby. Tapi hari ni santai saja borak dengan dia sampai dia pun pelik.

Rindunya kat kesayangan hati di segamat tu. tak sabar nak jumpa. Tak sabar nak peluk cium. Syafiq pun dari semalam asik berborak dengan atoknya. Tadi balik sekolah kecoh kata nak telefon atok. Entah apa diborakkan.. Hehehe(atok dia janji nak bawak gi kedai naik motor besar atok rupanya). Patut lah dah dua hari ni asik nak call atok. Bila atok cuti dapat lah dia call atok dia siang hari..

Sibuk melayan si abang syafiq buat ummi terkejar2 siapkan si kakak berdua tu nak ke sekolah agama. Adat la.. Bila ummi tak berkerja anak manja lebih. Tak reti nak bersiap cepat tanpa bantuan ummi. Hari ni khamis lagi lah kalut, memang sampai lewat 1.40 baru tiba. Nak makan.. Nak mandi solat bagai. Si kakak kecik sibuk bak bercerita itu ini walau mulut tu ummi suapkan.

Bila kena tinggal.. Si baby Ariz mulalah nak pancing perhatian. Tinggal kejap je antar kakak ke sekolah agama. Tapi manjanya macam kena tinggal lama. Bibik duk mengemas dapur terpaksa duduk terpacak depan dia sambil borak-borak. Bila bibik ke dapur dia nanges. Last2 bibik terpacak la depan dia sampai ummi balik . Takut dia nanges.. Kata bibik.

Memang tau dah perangai dia sejak seminggu ni. Bila ambik syafiq dari tadika pun camtu. Bibik ada depan dia elok je dia berborak bahasa ayam itik dengan bibik dia. Tapi bila orang tu buat kerja lain.. Dia menjerit la seminit lepas kena tinggal. Hahaha.. Dasar kuat membuli adik Ariz ni

"Dia takut agaknya".. Tu je lah ayat bibik. LM senyum je lah. Tak reti nak ulas sebab memang pelik. Orang tu tak yah pegang dia pun. Terpacak depan dia je pun dia dah okey. Memang dia nak berteman takmo ditinggal la kot. Aduhai adik.. Jangan manja sangat dik. Ummi susah nak mandi kalau adik makin manja. Rasanya sekarang ni memang hampir tiap pagi LM mandi awal macam orang nak gi opis. Ye la.. Bila ayah ada boleh la tengok baby sementara ummi mandi kejap. Ummi pulak jenis tak boleh baby menangis. Bila baby nangis dada ummi rasa berdebar macam nak pecah. Tu lah kot faktor utama baby makin manja. Ehehe..

Terkenang ayat kawan baik LM puan salmi yang manis tu. katanya... "U lain la takda keje lain duk mengadun anak u je" aduh .. Salmiyah punya ayat. Mengadun dia kata .. Ehehe

Apa pun.. Semua orang sayang anak. Pertama ke.. Ke lima ke. Sayang nya sama kot. Macam anak pertama.. Kita duk memanjakan mereka sebab tu je lah anak yang kita ada masa tu. tak masak boleh beli . Anak kedua dulu pertama kali induce sebab ketuban dah kering. So, terkejut dengan sakit yang berterusan memang terteran baby masa belum full bukaan. Seksa sungguh dengan bengkak, dengan ada darah beku tertinggal kat dalam sampai kena tetas jahit semula dan jahit lagi sekali.. Lepas bersalin dua hari tak boleh duduk betul sebab sakit sangat. Sebab tu kot memang tak boleh orang usik adik ad. Rasa nak lempang je sape buat adik ad. Rasa nak marah kalau orang buat adik ad. Dan sampai qila pandai cakap, si qila panggil abang dia pun adik ad juga sebab ummi panggil adik ad. Ehehe

Qila pula. Lahir 34-35 minggu. Ketuban bocor hampir smgu duk hospital baru bersalin. Azab kemain.. Dah la lepas bersalin kena duduk nicu lama, dah tu jaundis dekat dua bulan baru okey. Dengan berat dia 2.2 kg memang agak susah nak pegang dan jaga dia. Sebab tu bila ada orang usik dia rasa nak pijak2 je orang tu. kita nak besarkan baby kita tu sampai tembam cam sekarang ni bukan main susah lagi. Dah la jenis takmo makan masa kecik dulu. Buat bubur tia hari tapi makannya tak sampai dua sudu. Hurmm

Si syafiq.. Bersalin awal 3-4 mgu dari tarikh jangkaan. Si ayah sepatutnya terbang dari qatar malam si anak dah tak sabar nak lahir. Masuk labour room sendirian tanpa suami atau sesiapa. Takda orang nak urut belakang saat sakit menggila( induce jugak sama cam adik ad dan qila). Takda oranf nak pegang tangan saat nak push. Takda orang nak ingatkan baca surah itu doa ini saat nyawa dihujung tanduk. Sendirian menyerahkan segala takdir pada yang Esa. Sebab tu bila syafiq dimarah walau ayahnya pun hati ni tersiat2 sedih. Sakit melahirkan anak sendirian memang tak boleh dilupakan. Ye la... Doktor jangkakan lahir jam 10 malam ke atas tapi tak sempat nenda dia sampai dia dah lahir. Nenda dia sampai 7.50 terpinga2 dengar 7.21 malam dah lahir. Jenis tak sabar nak keluar. Sampai sekarang bila nak apa2 pun tak sabar. Kemain kuat gesa ummi kalau nak itu dan ini. Alahai anak..

Eh.. Dah jauh melalut dari kisah baby Ariz. apa pun, perhatian untuk baby ariz bukanlah sebab sekarang dah ada bibik sebab tu ummi duk berkepit dengan baby je. Tak ye., bukan sebab tu. memang tiap kali bersalin ada je kisah tersendiri. Ada je kenangan yang membuatkan ummi rasa tak mau lepas pandang si anak ni dari mata ummi. Sebenarnya.. Nak ambik antar akak abang ke sekolah pun ummi tak rela tinggal baby. Tapi ayah marah pula.. Dia suruh baby tinggal ngan bibik. Buat apa susah2 bawa panas2 tu dah bayar bibik kan.. Katanya.

Okey.. Ummi mengalah. Ummi tinggal baby dan.. Bila balik lelaju masuk rumah dan jenguj baby. Tengok baby senyum lega hati ummi.

www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hahah..alasan manja kan anak tu memang logik..selalu jugak terfikir benda tu..bersalin kat maisara uri lekat sampai kena seluk, sebab tu siapa usik maisara memang nak makan penampar la jawab nya..setiap anak ada ceritanya..kan??

Lea Ismail said...Reply To This Comment

Manja tu baby ariz ni

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Kasih ibu yang berkekalan sampai ke akhir hayat kan.. itu yang peliknya kalau dgr kes ibu dera anak. Memang spesis sakit mental.. kita ni anak merengek sikit dah usaha nak pujuk bagai. Ini kan pulak kalau anak sakit, atau apa2 yang tak selesa..macam kita pulak yang tanggung sakit tu..

Baby Ariz dah makin pandai menyesuaikan diri tu ya.. legalah hati LM..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...