Monday, April 27, 2015

Nursing Cover-Keperluan Wajib Bagi Ibu Fully BF


Assalamualaikum...

Isnin kembali lagi. Yeayy!!

Eh hepi ke jumpa isnin balik? Hahaha.. Ini memang ayat menipu! Sebenarnya tak puas cuti. Tak puas merehatkan minda.

Apa pun.. Lega sebab bila mencari barang ke sana sini di luar memang amat membantu bila punyai nursing cover pemberian ibu tersayang ni.

Alhamdulillah mudah nak susukan baby Ariz Syahim di mana saja. Tak perlu rasa segan nak selak baju menyusukan baby. Sarung saja nursing cover tanpa takut vaju terselak nampak aset yang tak sepatutnya.



Selesa...

Ada orang kata ala.. Pakai je pashmina. Tak cukup lebar dan pashmina buat baby lemas sebenarnya. Tak yah tipu LM okey.. Sebab masa qila dulu LM dah guna pashmina memang tak cukup lebar nak tutup perut dan aset atas tu.

Nursing cover ni bonda LM belikan yang jenis atasnya keras. So bahagian atas tu akan melengkung boleh kita intai2 baby yang khusuk menyusu. Udara boleh masuk keluar dari situ tak la baby lemas. Tali kat leher tu boleh kita laraskan nak labuh atau singkat .

Syukurlah zaman sekarang ni makin banyak benda yang membantu untuk ibu yang bf baby ni. Maka.. Ini menguatkan lagi keazaman ummi nak fully bf baby Ariz sampai dua tahun nanti berbanding abang kakak yang tak dapat bf sampai umur dua tahun. Bila kat tempat awam je jadi masalah ummi nak susukan anak. Ops itu dulu. Sekarang tidak lagi.

Moga Allah limpahi rahmatnya buat bonda tersayang atas usahanya hadiahkan ummi nursing cover ni.

Gambar model nursing cover:ummi bambam dan baby ariz

Lokasi: bangku di restoran uncle jack lepas beli barang dapur. Hehehe..

P/s: siapa yang berhajat fully bf tu sebelum bersalin/ sebelum habis pantang jangan lupa beli nursing cover okey. Siapa yang dah lama bersalin pun boleh beli mudah nak guna bila raya nanti .. Aurat aurat aurat!!! Tu kena jaga kan?

www.tips-fb.com

8 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

bagus sgt nursing cover ni tp tula kena labur modal lebih. kebanyakkan nursing cover mahal2 huuuu

Yaya Azura said...Reply To This Comment

alahai.comel nursing cover ummi..pandai bonda beli..semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan.. yaya tinggal lg 6 bulan.. insya Allah kita kuat ..

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

laaaa.. rugi kak, mahai gak menda ni, apa kata kak bawa ja selimut tu. lagi bertotop. dari pala sampai kaki, siap leh share laki bini. kakakakakaka :P

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Ada jugak yg harga berpatutan . Err tp klu beli kain jahit sendiri mmg sgt jimat sbb cam apron je pun

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. Bermakna buat ummi. Harap2 sekuat semangat yaya utk bf baby

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Haipppp akk babap kang . Ekeke

Kakzakie said...Reply To This Comment

Mudah dan terkawal itu yg terbaik. Betul aurat kena jaga anak pun selesa..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sekarang memang macam-macam style ada. Senanglah berbanding dulu-dulu punya ceritakan.

Kat mana-mana pun yang penting aurat kena jaga. Bukan setakat ibu menyusukan anak sahaja. Betul tak, LM?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...