Saturday, April 11, 2015

Pasar Tani Lengang?

Assalamualaikum..

Pagi tadi bermalas- malasan atas katil selepas si abang dan si kakak pergi ke sekolah kerana ada kem ibadah di sekolah. Guling- guling mata takmo lelap sebab memikir bagaimana cara nak menikmati saat hari-hari pertama merdeka dari berpantang.. Ekeke(padahal ko tak sabar nak labur duit bayar GST kan?)

Maka... Duk risik dekat encik Z tanya pasar tani kat MARDI hari apa. Selalu je keliru ahad ke sabtu. Huhuhu. Rupanya hari ni. Yeayyyy!!!

Biasanya encik Z suka ke sana sebab dapat cari anak pokok. LM pula suka ke sana sebab banyak kuih tradisional. Tekak ni merengek dah minta kuih dangai. Nyumsss( siapa yang pantang tak makan dangai kata sejuk ke apa ke diam2 okey). Takat sekeping dua tu LM telan je tanpa sebarang masalah kesihatan. Bagi yang kuat pantang korang takyah komen okey!!!. Yes.. Dangai guna tepung pulut digaul dengan kelapa inti( kelapa muda yang diparut) dan gula.

Wawaweeee seronok wei ke pasar tani. Hari ni lengang giler tak senggol senggolan pun. Adik syafiq boleh lari- lari lagi kejar ayah yang nun di depan. Boleh nampak anak berlari macam zig zag sambil mulut bocok suruh jangan lari.

Disebabkan sebelum gerak tadi dah masak nasik goreng, perut dah kenyang maka tak jadilah nak hantam nasi goreng kerabu yang best kat situ. Biasanya kalau nak makan situ berebut kerusi dan meja dan beratur panjang nak beli air. Tapi hari ni meja banyak kosong dan boleh beli air tanpa beratur tunggu lama- lama.

Lepas beli seluar bibik terus balik memandangkan tak bawa stroller. Macam sian pula baby panas kena matahari( sebenarnya aku rimas orang duk tegur sian baby kena panas).

Takat gi pasar tani takkan nak bawak stroller kot. Tempat ramai orang camtu buatnya anak orang tertumpah air ke apa ke tak ke naya? Ish takmo la. Lagi pun LM ni jenis ke pasar tani bukan singgah sana sini. Nak beli kuih terus ke gerai tu dan sambar apa yang nak je. Memang tak merepek intai benda lain. Orang tahan tengah2 jalan nak jual buku pun LM tak layan. Cakap takmo terus berlalu pergi. Rugi la salesman kalau tahan LM kan?

Lepas ke pasar tani terus ke Giant pula nak gantikan earing qila yang dah hilang sebelah tu. Dari sebelum bersalin aritu hilang sampai sekarang tak berganti. Risau lubangnya terkambus pula nanti. Ayah ganti getah kat cermin mata dia dan ummi sambar stokin dan legging baby. Ada GST tak? tanya ayah.. takkan takda. huhuhu, bayar je la..

Pun sama... Giant lengang. Kenapa tak pergi kedai emas biasa?(mesti ada yang tanya nanti) Lebih kurang je harganya... Malas pun ye nak ke pekan seri kembangan yang busy tu..


Bestnya lengang. Nak bayar mudah. Takda la rebut2. Mulanya rasa nak sarapan kat pasar tani saja tapi bila fikirkan bibik nanti nak sarapan apa? Goreng la nasi. GST? Hurmm apa yang kita beli tu untuk makan dan nak pakai. Mahal ke murah ke ... Kenalah bayar jugak. Ye tak?
www.tips-fb.com

5 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...Reply To This Comment

ha ah kan.. biasa dkt psr tani la dpat kuih tradisonal sedap2. susah nak jumpa sekarang

ejulz said...Reply To This Comment

waaaa.. shopping sakan akak arini ek. hehe

Yaya Azura said...Reply To This Comment

dangai? tak pernah dengar.. dah search google image.. pun tak pernah tengok rupa kuih dangai tu..tp dari bahan-bahan yg LM bagi tu mungkin kat trg panggil bingka kelapa..tp rupa tak sama.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Orang dah stock up barang-barang sebelum GST lah tu. Itu yang jadi lengang. Tapi kalau Pasar Tani lengang, indahnya dunia. Tak payah nak selisih punggung :)

Eh, LM dah habis pantang? Jomlah kita makan sedap-sedap. Bila nak start buat roti ni?

Mummydearie said...Reply To This Comment

Orang dah stock up barang-barang sebelum GST lah tu. Itu yang jadi lengang. Tapi kalau Pasar Tani lengang, indahnya dunia. Tak payah nak selisih punggung :)

Eh, LM dah habis pantang? Jomlah kita makan sedap-sedap. Bila nak start buat roti ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...