Friday, April 10, 2015

Percutian

Assalamualaikum..

Yeayy hari ni abis pantang. Fuhhhh lega. Merdeka!!!

Terkenang ... Time camni duduk atas katil baru lepas masuk ubat induce. Muka sememeh bengkak sampai mata sebab tak cukup tidur pun ye juga.. Time camni belum rasa sakit nak bersalin lagi cuma sakit selang 10 minit tapi sakit2 manja..

Indahnya saat sakit tu. eh ye ke indah?(okey tu tipu.. Sila jangan percaya). Apa yang indah? Indah bila tau jalan dah buka 3 cm saat pukul 6 lebih ptg dan 7.30 malam jalan dah bukak 7cm. Haaaa tu memang indah . Sebab rasa kejap sangat buka jalan dan tak perlu tahan sakit berjam-jam.

Bila terperuk dan stress duduk berpantang(stress ke?) terasa diri memerlukan udara luar dan percutian singkat kot...

Rasa macam lemau je. Rasa nak balas dendam sebab terperuk lama kat rumah. Cameron? Fraser Hill? Atau PD saja? Hurmmm memang rasa nak jalan, nak bercuti. Rasa kusut sangat dan memerlukan satu percutian yang mendamaikan.. Cewahhhh

Ada tak orang lain lepas pantang mengada2 nak bercuti cam LM? Aneh2 je kan?

www.tips-fb.com

2 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alahai sabarlah tak kan dan-dan terus nak bercuti:)

Bagilah baby betul-betul bersedia. Balik rumah mak dulu ke. Tengok ok tak dlm perjalanan. Lepas tu barulah jenjalan makan angin - dah tak sabarlah tu ye hihi..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Okey, saya lepas habis jer pantang terus suruh suami belikan Pizza Hut. Mengidam gila tau... Padahal bila beli, bukan nak makan sangat pun. Itu nasib baiklah tekak tak minta cendol ke, ABV ke lepas first day merdeka :)

Bila lama terperuk di rumah, memang rasa macam nak berlari keluar, nak lepas bebas jerk kekdahnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...