Friday, April 17, 2015

Permulaan Hari Yang Baik

Assalamualaikum

Salam kebusyan. Erk ada ke perkataan kebusyan. Ekeke.

Hari-hari busy. Walau ada maid tetap busy dengan urusan seharian dengan 5 permata hati. Dushhhh lima tapi macam anak 10 ko ni LM!( rasa nak tumbuk muka sendiri)

Kalut je duk ulang alik kejut anak yang liat nak bangun pagi- pagi. Nak- nak ketiga-tiga mereka ada tuisyen malam tadi, balik baru nak mengadap kerja sekolah.. 11 lebih la kot baru dorang tido .

Pagi ni minta maid gorengkan kentang wedges je untuk bekal anak-anak. Ummi santai-santai buatkan tiga buku roti john. So bekal mereka ada roti john dan wedges la arini.

Lepas mereka nak bas barulah susukan baby, solat dan layan si bujang kecik . Rupanya 7.15 si abang tak juga bangun. Terlelap semula walau ummi dah kejut dua kali sebelum tu. haishh anak ku!!( urut dada tahan sabar.

Padahal permulaan hari nampak santai elok je tapi bila tengok muncung si abang sedepa sebab lambat mood ummi pun merundum jugak. Eh salah siapa? Sendiri yang tak bangun kan?

Ayah dah ke pasar seawal 7.20 pagi. Makanya ummi buat sup tulang saja hari ni. Sayur??? Kobis je kot nanti digoreng lepas syafiq balik sekolah.

Jumaat kena siapkan hidangan awal juga sebab si ayah balik akan makan dulu sebelum ke masjid (biasa tak balik). Si abang pun kena paksa makan cepat sebelum ayah balik..

Kenapa macam busy walau ada maid? Sebab ummi kena pantau gak dia masak sebab ummi tak percaya orang masak entah apa2. Lagi pun sebab baby ariz masih kecik... Sejam sekali nak susu.

Lepas baby ariz menyusu ummi kena pam susu yang sebelah lagi tu bagi kosong betul2 agar susu ummi jadi banyak. Biasanya ummi pam susu dua-tiga jam sekali. Haaa tu yang busy tu kot. Nak layan baby lagi. Nak borak ngan baby lagi.

So.. Lepas pantang pun busy! Ye ye.. Betul tu. memang sangat busy.
www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Busy lepas pantang tak apa juga dah boleh ligat sikit. Cepat sikit dpt balik berat badan yg asal. Jgn pulak umi busy tapi bibik goyang kaki:)

ejulz said...Reply To This Comment

dpt org gaji mcm cerita asam pedas utk dia best gak.. hehe

ejulz said...Reply To This Comment

Jom terjah senarai hadiah SEGMEN.. "Senarai Hadiah Segmen : Ucapan Hari Lahir Buat Si Lala Pada 13 Mei"

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kita ni anak dua pun selalu garu kepala kenapa macam tak cukup kakitangan nak buat kerja! Selalu juga dok cakap dengan HD, macamanalah nasib orang yang ada anak 3,4,5 mahupun 10 ya? Kita yang dua ni pun macam nak terkangkang-kiap je gamaknya ~_^

Ummi sibuk takpa asal jangan biarkan maid pulak terlebih rehat. Biar sama-sama sibuk, tak pun biarkan ajelah maid lagi sibuk daripada kita walaupun dia takda anak 5 nak dijaga *_*

Kira Sakura said...Reply To This Comment

tulah kan nak biar dia masak sorg2 pun karang buatnya dia letak pape huuuu mintak dijauhkan lah amin amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...