Monday, April 20, 2015

Pijak Kepala

Assalamualaikum..

Salam isnin buat semua. Salam 1 Rejab juga buat yang beragama Islam.

Hurm.. Macam blur kejap. Rasa takda idea nak menaip satu persatu di sini. Rasa tak tau apa ayat yang sesuai untuk dicelotehkan di laman ini agar ianya sedap dan indah dibaca walau ia sesuatu perkara atau kejadian yang tak enak dikongsi.

Biasanya sabtu ahad memang kami meronda keluar untuk cari barang dapur dan barang-barang anak. Sejak ada maid dua bulan ni memang la kami angkut dia sekali.

Kebetulan sabtu lepas LM nak cari bedak di watson. Terjah la kat jusco. Maid tunggu kat luar sambil intai-intai handbag cap ayam/gigi kambing( ekeke)

Siap je beli walau rasa lama juga membelek barang make up kat situ terus ke kiost handbag tu. Dia melambai- lambai tunjuk handbag yang katanya harga rm50 dia dapat tawar rm40. Manis tak? Tanya nya.. LM iya kan saja walau hati kata buruknya. Memang tak padan dengan harga kot.

Peniaga tu terus tanya
Peniaga: ni anak2 akak ke?( merujuk pada LM yang tolak stroller baby dan ada adik ad juga)

Bangga okey.. Nampak muda kot aku? Ye lah.. Maid tu dalam baya2 mak LM gak umurnya walau dia sibuk kata umur dia 42. Tapi anak sulung dia lahir tahun 77 dan anak kedua tahun 79. Porahhhh

Maid: saya kakaknya( sambil senyum tersipu2.

Serius terkejut sangat. Kelu terus lidah!

Peniaga buat muka blur dan tak puas hati. Dia tanya lagi

Peniaga: semua ni adik2 akak?

LM: TAK!! Saya majikannya( sambil senyum semanis kurma)

Hati panas tak terkata. Beli handbag konon utk anak dia nak bawa balik indon tapi siap letak purse dalam tu. suruh bawak barang kata camne nak bawak handbag cap gigi kambing dia tu. Kita beli kasut bagai semua jinjing sendirik.


Kesimpulannya:
1: takdalah aku nak angkut kau jalan tiap minggu lagi ye.

2: bila orang gaji dah mula pijak kepala majikan perlu lebih tegas. Ada batas antara majikan dan pekerja

Hurm.. Lepas tu.. Sabtu malam kami gi makan kat restoran western dia memang LM tak bawa. Suruh panaskan lauk dan goreng ikan sendiri mampus dia tak makan . Last2 LM pulak kena simpan balik ikan tu takut rosak.

Mogok? Protes sebab kena tinggal? PADAN la muka kau! Ops.. Gi sarapan pagi semalam pun tak bawa dia. Bungkuskan saja roti canai untuk dia.

Jangan sangka orang hati tisu ni tak boleh jadi keras hati bila orang dah pijak kepala dia tau!

SEKIAN...
www.tips-fb.com

8 comments:

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

Motif dia nak merajuk? hati2 kak.. dia nak tunjuk belang. Baik berpada pada

Mummydearie said...Reply To This Comment

Aduhai, tensionnya! Baru nak berbunga-bunga hati kembang setaman dek kerana fikir orang kata kita muda bila dikelilingi anak-anak tertiba maid potong stim, hilang skrip terus! Hahaha...

Eh, berani juga dia dengan LM ya! Kenapa kalau pangkat kakak maknanya kita ni kenalah lebih hormat walaupun dia lebih tua. Kita pun ada akal waras. Kita nak layan dia dengan sebaik mungkin, tak mahulah nampak sangat darjat maid-majikan tu tapi kalau tak faham bahasa, nasiblah.

Tapi kalau tinggalkan di rumah,susah juga LM. Tak senang hati juga kalau sayalah. Bawa je ke mana kita pergi kalau termampu. Tapi apa aku makan, kau makan. Apa aku borong, kaulah tukang angkut. Tak akanlah semua kita nak buat. Ni siapa majikan siapa pembantu ni kalau gini gayanya!

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Lantak la dia suria. Dah tua dh . Malas dah akak nk layan peel dia.

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Kalau bab lari tu dah takdir la kot MD. malas dh sy nk fikir byk sgt. Barang berharga mmg letak tempat selamat dan bilik pun berkunci.

Bosan la nk layan org yg x hormat majikan dan mula tunjuk perangai nk pijak kepala. Menjawab merungut mmg sy paling pantang

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

pergh.. sakit hatinya baca. ada hati menjawab mcm tu. kalau saya, entah2 saya tinggal dia kat situ.. lantak ko la nak balik mcm mana.

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak rasa bibik LM ni lain macam sikitlah. Mungkin dah berusia kot. Bibik biasanya kalau kita belanja otomatik dia yg akan bawa. Hati-hati dik... jgn sampai kena pijak kepala.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kalau saya pun memang tak bawak la...masa berkualaiti dah tentu hanya untuk suami dan anak2..nama pun maid..memang patut dok rumah..uruskan apa yang patut..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

melampau!!!!!! haaa tula padan muka buat lagi ikut kepala sendiri. amboi sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...