Wednesday, April 22, 2015

Sandwich Ayam-Yang Penting Homemade


Assalamualaikum..

Pagi ni sediakan burger ayam untuk sarapan dan bekal anak2 gadis tu. Harapnya cukup kenyang dengan limpahan mayo dan juga slice cheese dalam burger ayam tu. Kakak ada koko arini ummi bekalkan dua ketul burger. Siap potong 1/2.. So, dia boleh makan sikit2 bila ada 4 potongan burger tu .

Biasanya bekal makanan dia akan makan pagi , so untuk stay koko dia akan beli makanan di kantin kalau tak cukup kenyang dengan burger atau bekalan ummi sediakan tu. kalau kenyang pun habis gak duit bekal tu beli jajan entah apa2.. Huhuhu

Disebabkan tak selera nak gorengkan nasi untuk sarapan ayah sebab semalam dah goreng nasik.. Maka ummi bakarkan ayam sikit untuk buat sandwich ayam.



Ringkas saja..

Cuma perap ayam dengan lada hitam dan bawang serta sikit garam dan grill kejap. Hiris isi ayam.. Sumbat dalam roti yang dah disapu butter, tepek mayo, sos lada hitam dan sos cili.. Tabur salad. Tara!!! Siap sudah.

Dapat lah adik ad bawa bekal sebelum gi koko tadi. Adik ad koko sebelah pagi sebab dia belajar sesi petang.

Yang penting homemade. Sedap ikut kesesuaian tekak sendiri.. Bersih sebab kita bikin sendiri, jari sendiri.. Peralatan dan dapur sendiri.. Ye tak?

Kalau beli.. Tak dapat rm2 pun sandwich ayam ni kan? Jimat itu WAJIB. GST buat perasaan ingin makan dan beli di luar terus mati dan tetiba je bunga2 rajin memasak memutik .. Ekeke.

www.tips-fb.com

8 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betullah tak kisahlah janji bawa bekal. Tap duit jajan tetap habis juga kan. Biasalah anak-anak..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

betul..buat sendiri jimat..sebenarnya benda2 gini nak dengan tak nak je buat nya..kalau malas memang tak jadi la semua..semua nak beli je...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kenapalah bunga-bunga rajin saya tak maksimum lagi ni, LM. Hahaha...

Tapikan, saya pun memang bekalkan anak makanan setiap hari sejak tahun ni. Bekal si Abang selalunya sama cuma bega itu ini sikit tapi kena tanya tiap malam juga, manalah tahu dia dah bosan.Kenalah fikir menu lain pulak.

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Sy pelik. Ntah apa dorang beli kak. Padahal rasanya cukup kenyang apa yg dibawa ke sekolah tu

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Kalau rajin apa pun jadik. Tp klu duk restoran mahal tu benda gini pun di order. Haishh

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Time malas goreng nugget je pun . Selalu sgt sy malas tp x cerita kat sini je tau. Hehehe

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah sedap ni... berkenan saya dengan resepi ni.. nak cuba jugalah. Berat naik sejak kebelakangan ni mulalah terfikir nak jaga makan..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

yang ringkas yang sedap kenyang perot kan. sebab homemade itu ekekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...