Tuesday, April 21, 2015

Sayang Anak

Assalamualaikum

Siapa tak sayang anak kan? Ops ada je yang tak sayang anak. Yang buang anak dalam tandas, campak tepi longkang, cekik anak sampai mati, dera anak sampai luka sana sini dan tak ketinggalan tinggal anak tak makan duduk bilik penuh najis sampai dua tiga bulan sampai tinggal tulang pun wujud kat dunia ni. Apa pun alasannya masalah apa pun yang dihadapi mengabaikan anak tetap SALAH dan BERDOSA.

Berbalik pada cerita sayang anak, nak cerita sikit. Kebetulan hari ni anak2 ni sekolah satu sesi je sebab ada majlis perpisahan seorang cikgu nak bersara di sekolah mereka. Bila si adik ad ni dah sekolah pagi petang dia melepak je lah kat rumah

Bila petang langit mula mendung. Dari tadi dia memang tak makan nasi lagi sebab dah kenyang menghabiskan samosa daging pagi tadi. Dalam melayan ngantuk LM sedar lah dia ketang keting kat dapur baru nak makan nasi. Tup tup sedar2 bunyik gate terbuka bila azan asar berkumandang.

Rupanya dia dah lesap ke surau. Mak aii dah la langit dah nak hujan sangat. Dengan guruh dan petir sambung menyambung. Bila hujan lebat mula turun ummi dah tak senang duduk. Terus suruh maid dukung baby sebab nak pergi ambik adik ad kat surau.

Surau di baris belakang rumah je tapi sebab petir dan hujan lebat ummi risau la pulak. Disebab kan basikal takda rantai atau kunci LM bawa je mangga rumah. Suruh dia mangga kat tayar basikal. Lama juga menanti dia habis solat tadi tapi lega sebab dapat ambik dia.

Bukan apa.. Kalau kena sambar petir ke apa nanti kita juga yang menyesal seumur hidup. Tak jauh tapi nak malamh sesaat pun boleh jadi kan?

Anak2 ni mungkin tak faham macam mana kita sayang mereka. Ye lah.. Macam kita dulu bukan faham pun mak bapak sayang kita macam mana. Dah tua ni pun kadang2 kita sibuk nak tuduh orang tua kita pilih kasih kat anak2. Ayooo.. Beranak tu sakit tau, mana ada orang tak sayang anak.

Yang tak sayang anak tu orang giler atau akal tinggal separuh je
www.tips-fb.com

4 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

itu lah kan LM.. bila dah ada anak ni baru saya rasa.. kenapa lah anak anak ni susah nak paham.. kita ni punya la sayang kat dia.. tapi diorang duk buat macam2 benda yg bahaya.. risau sungguh la..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Memang peliklah kalau ada orang yang cukup akal tapi tak sayang anak. Puas fikir sebab musababnya tapi masih tak jumpa yang logik. Kalau dah mental tu tak payah ceritalahkan, memang spesies gila. Manalah kenal lagi anak!

Betul LM. Saya ni pun sayang anak melampau juga tapi bila saya marah pun sama melampaunya. Lepas tu tension sebab kita rasa kenapa nak marah-marah sedangkan masa kita bersama mereka bukannya panjang mana. Tau-tau nanti dah besar panjang, dah tak main nak peluk-peluk cium ikut suka.

Baru semalam dok berborak dengan HD dan Abang-dok fikir kenapa makpak sayang anak melampau tapi anak tak boleh nak sayang anak semelampau makpak sayang kat anak.

Kata HD-kita bermula dengan Adam dan Hawa. Mereka pun manusia pertama, tiada ibubapa. Makanya seluruh kasih sayang memang untuk anak-anak.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Isu sama yang akak saya adukan pada saya dah hampir setiap minggu sejak kematian suaminya ni. Adoi..risau saya macam mana nk tolong diorang ni. Anak2 duk kata ibunya tak sayanh dioranv..tak macam arwah ayahnya.. payah kan bab ni?

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kan kita dlu memang selalu kata mak ayah ni pilih kasih. tapi sejak dah jadi mak2 ni baru tau erti kasih sayang tu cm mana.

tapi kadang bila dh besar ni pernah jugak nampak pilih kasih tu dalam family orang terdekat. hurmm hurmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...