Friday, April 3, 2015

Seminggu Saja Lagi

Assalamualaikum...

Apa yang seminggu?

Lagi seminggu nak abis pantang. Yeayyy!!!(lompat bintang)hepi sangat.

Tak sabar nak labur duit bayar gst dengan tangan ku ini. Asik en Z je buang duit beli barang duk bayar gst maka hati ni melonjak2 tak sabar nak bayar gst jugak.. Ekeke( ini ayat tipu okey! Sila jangan percaya)

Stress.. Rasa sangat letih minda nak- nak si anak meragam dan mengamuk entah apa hantu yang merasuk. Letih kat tadika ke? Hurmmmmm ... Dah la ummi ni bukan penyabar orangnya:(

Sakit otak.. Aumm aummm rasa nak telan orang. Rutin pagi tetap mula jam 5.30 juga( eh tapi bangun awal dari tu sebab kena susukan baby ariz dulu). Tak berani nak bagi bibik buat sarapan. Kena pantau jugak. Buat france toast pun celup telur tak semua kena. Camne tu? Haishh bibik.. Benda mudah je pun, ummi stress tau kalau orang buat kerja tak sempurna! Grrr

Suruh isi air dlm botol si adik dia tak tutup rapat muncung tempat minum tu abis melimpah air dalam bilik. Sampai basah beg si qila. Ya Allah... Bibik ni buat ummi geram. Boleh pula dia kata qila jatuhkan beg sebab tu tumpah. Dah kau tak tutup ketat memang la tumpah wehhh

Tutup bekas makanan pun tak ketat. Semua ummi kena cek semula. Kalau tumpah mee dalam beg tu kan naya! Kalau pakai brand tupperware pun tak guna kalau tak tutup ketat. Tetap melimpah kak oii( marah giler sampai rasa nak pecah dada duk tahan diri dari membebel)

Eh.. Takmo la bebel pasal maid, nak bebel pasal keterujaan nak abis pantang tup tup melencong ke lain pulak. Sebab dah boleh solat.. Makanya kalut la sikit. Nak solat kadang2 baby nanges. Si bibik ni nak kena geget agaknya.. Suka jatuhkan mop ke, penyapu ke.. Dah la baby ariz terkejut.

Iyo la.. Ummi tak marah. Bibik ni tak boleh kena marah kan? Karang.. Lesap hilang rugi bayar beriban. Bak kata kakzakie, tegur terus apa salah dia. Kena sorong tarik dengan dia. Tak lembut sangat dan tak garang jangan marah2. Kena tegas.

Bab tegas tu ummi memang tegas pun. Erkkk.. Tegas eh? Lalala...

Payah ooo nak didik orang tua bagi ikut cakap kita tanpa boleh marah. Korang boleh? Nak pecah dada tau duk tahan. Bina ayat berpuluh2 cari mana paling lembut nak tegur bagi dia paham tanpa sentap. Phewwwww.. Letih akak!

P/s: lalalala.. Nak abis pantang. Ops padahal masa inject baby sebulan aritu dah sopink stroller dah pun sebab nak elak gst. Tapi duk je la .. Berdiri pilih2 kejap terus duduk. Pening weii tengok orang memborong sampai tak cukup tangan gara2 nak jimat dari bayar gst. Kami beli stroller dan tisu basah je terus blah. Tu pun sian enZ beratur lama..

www.tips-fb.com

3 comments:

MizzTina said...Reply To This Comment

amboi..suka akak ye nk hbs pantang..

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Dah boleh keluar shopping sambil tengok perbezaan harga barang lepas ni...hehehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ya ke lompat bintang? Hahaha....

Bila habis pantang macam dapat freedom masa umur 21 tahunkan :)

LM, kalau rasa sampai nak pecah dada, sampai nak tercekik-cekik tekak dok amarah yang membuak-buak, apa kata lontarkan ajelah kemarahan tu dalam bentuk entri. Kami ni dok baca jerk. Orang marah pun kami okey jerk baca. Sesekali tolong simbahkan minyak kasi membara. Hiks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...