Wednesday, April 1, 2015

Suntikan Baby Umur Sebulan- Baby Demam?

Assalamualaikum..

Suntikan baby ketika umurnya sebulan. Demam tak baby?

Mak aii bila mengenangkan baby Ariz baru umur sebulan dan belum lepas pantang lagi memang LM sedih juga nak bagi dia kena suntik. Terdetik juga hati nak bawa dia lepas pantang saja, tapi... Nanti dua bulan makin lewat pula dicucuk jika dah lewatkan untuk sebulan

Sebab tu LM bawa juga dia ke KPMC Puchong sabtu lepas untuk dicucuk peha gebus tu. Alhamdulillah tak la menangis lama, tak demam pun walau ummi sangat takut baby Ariz demam.

Syukur dah dekat lima kilo berat baby Ariz, ummi senang hati baby sihat dan berat naik cantik. Cepat besar, ligat pun boleh tahan. Bab nak korek hidung, nak potong kuku dia nak korek telinga dia memang payah. Pandai je dia kais tolak- tolak tangan ummi.

Akhirnya.. Ummi mengalah tak dapat nak potong kuku dia. Tak berani nak potong takut terketip isi berdarah pula jari comel tu nanti. Takut? Pelik je bila sebut takut sebab anak yang lain memang ummi okey je tapi baby Ariz ni memang kuat tarik sentap tangan dia bila ummi pegang jari nak potongkan kuku. Ngeri nak paksa sebab kuat sangat dia tarik. Last-last ummi mengalah:(

Anak kalian demam tak masa cucuk umur sebulan?

www.tips-fb.com

3 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Ikut ketahanan bb jugak kan LM..klu bb demam tu bgs jgk act.dia nk bina antibody dia sbnrnya...

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Kebanyakan bayi memang demam selepas terima suntikan. Perkara biasa kalau tak berlarutan. Kena tuam2kan tempat kena suntik tu... :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Seingat saya, anak-anak saya tak seorang pun demam bila kena cucuk sampailah habis imunisasi tu semua. Alhamdulillah!

Kalau lepas sakit dicucuk then demam lagilah berderai air mata rasa sedih. Mujur baby Ariz pun okey. Bab kuat tarik tangan tu, kalau kena kat saya memang tak berpotonglah kuku. Saya ni memang spesies seriau memanjang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...